Saturday 11 February 2012

Portal Malaysiakini bangkang Malaysia ikut undang undang pilihanraya AS

Portal berita berbaur pembangkan, Malaysiakini telah membuat onar kepada Penerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof apabila mereka memutar belitkan kenyataan beliau mengenai cadangan kajian undi POS luar negara/

Tan Sri Aziz sekadar menceritakan undang undang yang dilaksanakan di pelbagai negara yang dikaji oleh SPRM dan salah satunya ialah peraturan pilihanraya Amerika Syarikat yang meletakkan syarat bahawa hanya mereka yang membayar cukai layak menjadi pengundi luar negara.

Malaysiakini agaknya kurang senang dengan peraturan ini dan telah menuduk bahawa SPRM mahu melaksanakan satu undang undang yang mereka katakan akan menidakkan hak rakyat Malaysia di perantauan.

Laporan tidak berasas ini telah disambut oleh Malaysian Insider, sebuah portal yang dikaitkan dengan Kalimullah Masheerul Hassan dan operatif dari tingkat empat zaman Pak Lah.

Aziz telah menafikan laporan serong Malaysiakini tersebut melalui Utusan Malaysia, laporannya dikepilkan selepas loncatan ini.





SPR nafi laporan portal berita malaysiakini.com

SHAH ALAM 5 Feb. - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menolak laporan portal berita yang memetik kenyataannya berhubung cadangan melarang rakyat Malaysia di luar negara mengundi jika tidak membayar cukai.
Katanya, laporan tersebut tidak tepat kerana beliau tidak pernah mengeluarkan cadangan sedemikian seperti yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan.
Beliau menjelaskan, kenyataannya sebelum ini sebenarnya menyentuh cadangan SPR untuk mengadakan syarat tertentu bagi rakyat Malaysia di luar negara yang harus pulang dari semasa ke semasa ke tanah air bagi melayakkan mereka mengundi secara pos.
"Apa yang saya nyatakan ialah cadangan untuk menentukan syarat kepada rakyat kita di luar negara mengundi secara pos seperti yang dilakukan di negara-negara lain.
"Ada sesetengah negara lain menetapkan syarat seseorang warganegaranya yang tinggal di luar negara dalam tempoh lima tahun dibenarkan mengundi secara pos jika mereka ada pulang ke negara asal dalam tempoh berkenaan. Ada juga negara yang menetapkan syarat empat tahun.
"Mengenai warganegara tidak membayar cukai tidak boleh mengundi secara pos, saya merujuk contoh di Amerika Syarikat (AS) iaitu pengundi pos di negara itu adalah terdiri daripada pembayar cukai," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor yang diadakan di Stadium Malawati di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan malaysiakini.com 2 Februari lalu yang memetik kenyataan beliau bahawa AS mempunyai sistem yang hanya membenarkan warganya yang bekerja di luar negara dan membayar cukai untuk mengundi.
Menurut laporan itu lagi, Abdul Aziz mengatakan, hak mengundi hanya perlu diberikan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada negara dan pulang ke negara dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan, cadangan SPR untuk mensyaratkan rakyat Malaysia di luar negara harus pulang dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka mengundi secara pos adalah bertujuan mewujudkan 'satu ikatan' golongan itu dengan perkembangan semasa di negara ini.
"Jadi, cadangan syarat-syarat itu telah kita bincangkan akan dibawa ke Jawatankuasa Parlimen. Kalau dipersetujui, kita akan pinda undang-undang, namun yang paling penting ialah rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos, mereka harus memohon dan kita akan teliti syaratnya.
"Melalui cadangan syarat ini, kita mahu supaya ada ikatan rakyat kita di luar negara supaya mereka tahu negara dia, tahu kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dia.
"Kalau tak pernah balik ke Malaysia selama 10 tahun, 20 tahun duduk di luar negara, jadi tidak ada makna. Dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di negara ini," ujarnya.

1 comment:

  1. xyah buat nafi laporan....buat saman fitnah trus....biar bankrup potral yahudi penghuni neraka tu....

    ReplyDelete