Wednesday 28 March 2012

Penerangan Lynas oleh Pakar UKM

ISU LYNAS : Mencari Kebenaran Yang Sebenar

Prof Dr Ismail Bahari 
SmSn(UKM). Msc(London), PhD (Colorado State)
Kepakaran: Fizik sinaran
No Bilik : Bangunan Sains Nuklear, UKM
Tel: +603-89215478
e-mail: ismailb@ukm.my



Membetulkan maklumat 'menyesatkan'

Oleh Prof Dr. Ismail Bahari
Prof Dr. Ismail Bahari ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri lebih 30 tahun.

TERLALU banyak maklumat salah yang boleh 'menyesatkan' pembaca yang saya dapati pada temu bual dengan seorang yang dikatakan sebagai 'pakar nuklear', seperti mana dilaporkan dalam akhbar terbitan parti pembangkang baru-baru ini.

Bukan tujuan untuk memperkecil-kecilkan kepakaran 'pakar nuklear' yang ditemu bual itu, tetapi untuk membetulkan daripada sudut fakta ilmiah semata-mata.

* Panel penasihat Agensi Tenaga dan Atom Antarabangsa (IAEA) yang membuat penyelidikan dan keputusan bagi projek Lynas Advanced Manufacturing Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan telah menyembunyikan maklumat tentang wujudnya bahan-bahan uranium dan thorium dalam projek tersebut.

Untuk penjelasan, panel IAEA ini adalah panel pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menaksir kesan dan risiko radiologi akibat pelaksanaan projek Lynas ini. Bermakna, mereka dipanggil untuk memberi pandangan bebas terhadap isu radionuklid semula jadi bahan-bahan uranium dan thorium.
Ini telah disebut dengan jelas dalam laporan panel pakar IAEA itu sendiri, agak pelik jika hal ini tidak disedari sekiranya laporan ini benar-benar dibaca dan difahami oleh 'pakar nuklear' berkenaan.

* Kadar bahan radioaktif dalam nadir bumi adalah rendah tetapi jumlah yang dibawa masuk besar.

Istilah tepat sepatutnya ialah kepekatan aktiviti bukan kadar bahan radioaktif. Jika kepekatan aktiviti radionuklid adalah rendah seperti diakui oleh 'pakar nuklear' itu sendiri, maka dosnya sudah pasti rendah. 
Aras dos rendah kepada pekerja Lynas dan orang ramai sekitar kilang Lynas telah dilaporkan dalam Penaksiran Impak Radiologi (RIA) yang dibentangkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Perlu ditekankan bahawa operasi Lynas tidak memekatkan kepekatan aktiviti thorium. Kepekatan aktiviti thorium dalam pekatan lantinid adalah sama dengan kepekatan aktiviti residu (iaitu sekitar 6 Bq g-1)

* Bahan buangan mengandungi uranium dan thorium dicampak ke dalam kawasan pembuangan seluas 48 hektar, kemudian menjadi pekatan yang menghasilkan gas radon selain habuk-habuk thorium dan uranium.
Sedangkan, 'bahan buangan' tidak dicampakkan ke dalam kawasan pembuangan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, disimpan sementara dalam sel yang direka dan dibina khas, selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf selamat.Kaedah kejuruteraan yang digunakan ini serta sifat fiziko-kimia uranium dan thorium itu sendiri akan memastikan tidak berlaku penyebaran gas radon/thoron serta habuk mengandungi uranium dan thorium yang memudaratkan manusia.

Perlu ditekankan bahawa RIA ke atas projek ini mendapati potensi penyebaran gas thoron adalah sangat kecil dan sukar diukur. Perlu ditekankan juga persekitaran semula jadi sendiri mempunyai uranium dan thorium yang masing-masing membebaskan gas radon dan thoron.

* Betapa bahan uranium yang terdapat dalam projek Lynas ini adalah sama dengan yang digunakan dalam loji nuklear Fukushima di Jepun.
Sedangkan, ini adalah maklumat yang sangat tidak lengkap, menyesatkan malahan berbahaya. Memang U-238 terkandung dalam bahan proses Lynas adalah sama jenisnya dengan yang digunakan dalam reaktor nuklear di Fukushima tetapi kepekatan yang terdapat pada kedua-duanya adalah berbeza ' ibarat langit dan bumi'.
Uranium semula jadi (seperti yag digunakan oleh Lynas) terdiri daripada 0.7 peratus (%) U-235 dan 99.3% U-238.

U-235 adalah bahan belahan dalam bahan api nuklear yang sangat penting untuk memulakan tindak balas nuklear. Dalam bahan api nuklear kepekatan U-235 diperkaya menjadi 5%.

Dalam reaktor nuklear Fukushima yang menggunakan bahan api MOX atau campuran bahan belahan oksida, U-235 tidak digunakan dalam bahan api nuklear tetapi digantikan dengan Plutonium-239 (radionuklid ini tidak terdapat secara semula jadi dalam alam sekitar dan tidak ada dalam bahan pekatan yang digunakan Lynas).

Sepekara lagi, uranium bukan hanya ada dalam bahan api nuklear dan pekatan lanthanid Lynas (28 ppm) sahaja tetapi wujud dalam baja (boleh mencapai 400 ppm) dan arang batu (> 100 ppm).
Secara anologi, 'pakar nuklear' berkenaan seolah-olah menyatakan bahawa tanah di Pahang atau keseluruhan Malaysia mempunyai persamaan dengan reaktor nuklear di Fukushima hanya kerana ia mempunyai bahan uranium yang sama.

* Bahan buangan Lynas boleh mencemarkan air dan alam sekitar.
Sedangkan, hasil kajian RIA mendapati bahan buangan Lynas tidak mencemarkan air dalam alam sekitar. Sama seperti kilang-kilang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng, setiap pelepasan kilang ke persekitaran hendaklah mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan AELB.

* Gas radon akan terbebas ke udara. Partikel alfa yang dihidu juga boleh merosakkan sel tubuh dan kromosom manusia.
Sedangkan, maklumat ini tidak lengkap dan sekali lagi menyesatkan. Memang benar gas radon dihasilkan tetapi 'pakar nuklear' tersebut tidak pula menyatakan bahawa gas radon daripada thorium (lebih tepat disebut thoron) mempunyai jangka hayat yang sangat pendek, cuma 56 saat.

Ini bermakna dalam masa 56 saat gas thoron terbentuk dan dibebaskan ke udara, ia akan segera menyepai menjadi radionuklid pepejal yang jatuh ke bumi serta tidak membahayakan. Dengan kepekatan aktiviti yang kecil, kemungkinan thoron dihidu dan memudaratkan adalah sangat tipis.

Pakar Nuklear ini lupa atau sengaja lupa menyatakan bahawa risiko dikawal dengan Had Dos. Selagi Had Dos tidak dilampaui, risikonya boleh diterima. Had Dos ini digunakan kerana kita perlu ingat bahawa kita sentiasa terdedah kepada uranium dan thorium semula jadi.

Selagi ada uranium dan thorium, selagi itu kita terdedah kepada radon, thoron dan zarah alfa. Pendek kata kita tidak boleh kata kita tidak hendak didedahkan kepada radon, thoron atau zarah alfa atau sinaran sebab kesemua ini berada di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Sebaliknya, berdasarkan kepekatan aktiviti Th-232 yang ada dalam bahan mentah dan residu pemprosesan Lynas, serta sifat fizik gas thoron itu sendiri telah ditentukan secara saintifik tidak mampu mencemarkan alam sekitar sehingga ke tahap dikatakan berbahaya kepada manusia yang menghidunya.

* Pelan pelupusan sisa adalah tidak lengkap.
Sedangkan, sebagai ' pakar nuklear', beliau tentu tahu bahawa pelan pelupusan sisa bukan setakat melupus sisa dengan menanam, tetapi turut merangkumi penggunaan semula sisa tersebut dengan selamat. Dengan cara ini, isu pelupusan kekal mungkin tidak diperlukan.

Jika perlu dilupuskan, Lynas pula sudah mereka bentuk dan membina tapak pelupusan sementara yang mematuhi segala syarat dan kriteria pembinaan tapak pelupusan kekal (sungguhpun bukan matlamatnya untuk menjadikan tapak tersebut sebagai tapak pelupusan sisa kekal).

* "Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menolak industri ini kerana tidak ada level radiasi yang selamat".

Sebagai seorang pendidik dan penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri selama lebih 30 tahun (dan masih berkhidmat dengan selamat), saya amat terkejut dengan kesimpulan yang dibuat oleh 'pakar nuklear' itu.

Sama ada disedari atau tidak, beliau sebenarnya menyatakan bahawa kita boleh hidup dalam dunia yang bebas daripada dedahan sinaran atau radiasi. Bukan pakar nuklear pun tahu, ini tidak benar sama sekali. Sama ada kita hendak atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada sinaran dari bumi dan matahari.

Malah terdapat beberapa tempat di negara kita yang mempunyai aras sinaran semula jadi yang lebih tinggi daripada aras purata tanah- tanih Malaysia. Sila rujuk hasil kajian aras sinaran di kawasan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Pantai Pasir Hitam di Langkawi.

Begitu juga, cuba lihat di Ramsar, Iran; Kerala, India; Grand Junction, Colorado, Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain yang disahkan mempunyai aras sinaran semula jadi yang jauh lebih tinggi daripada apa yang bakal dibebaskan oleh Lynas.

Persoalannya, adakah penduduk di tempat-tempat tersebut semua cacat dan terencat? Malah, kajian ke atas penduduk di Ramsar, Iran mendapati penduduk di sana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada rakyat Iran di tempat-tempat lain.

Rujuklah dokumen ilmiah sebelum membuat pernyataan tidak tepat, salah dan mampu menyesatkan. 'Pakar nuklear' tersebut pernah belajar dan memperolehi ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Nuklear dan Fizik di Amerika Syarikat. Tidakkah beliau terdedah kepada sinaran semasa pengajiannya?

Tentulah ada. Maka, adakah beliau atau keluarga beliau mengalami apa-apa kecacatan akibat dedahan sinaran tidak kira rendah mana pun tahapnya?
Pakar Nuklear sepatutnya mendidik masyarakat tentang fakta sebenar sinaran dan kesannya, dan tidak menyesatkan masyarakat dengan maklumat yang tidak lengkap dan salah.


Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/03/isu-lynas-mencari-kebenaran-yang.html#ixzz1qQMAsOT6

Anjing Singapura menyalak....

Ini satu cerita menarik dari seorang wartawan Otai, Datuk A Kadir Jasin.

Kami sertakan sedikit sedutan dari artikel tersebut, harap klik di link untuk terus membaca sehingga tamat kisah menarik ini: -


Mengenai anjing, media massa melaporkan yang seorang pelajar negara China yang belajar di Singapura didenda S$3,000 (kira-kira RM7,320) dan perintah melakukan tugas-tugas kemasyarakatan selama tiga bulan kerana memanggil orang Singapura “anjing” dalam blog mikro.

Pelajar berkenaan, Sun Xu yang berusia 25 tahun belajar di Universiti Nasional Singapura (NUS) juga akan kehilangan biasiswa Kerajaan Singapura bagi semester terakhir pengajiannya.

Bulan lalu, Sun mencetuskan kemarahan rakyat Singapura dengan menulis dalam blog mikro berbahasa Cina Weibo bahawa "ada lebih banyak anjing daripada manusia” di republik itu yang 74 peratus penduduknya berketurunan Cina.

Dalam tulisannya, Sun marah kepada orang tua-tua Singapura yang merenung beliau atau menengkingnya apabila beliau secara tidak sengaja melanggar mereka di tempat-tempat awam.

Kalau dulu orang Cina Singapura menghalakan sentimen negatif mereka kepada bangsa minoriti Melayu dan India, sekarang yang jadi sasaran kebencian mereka adalah pendatang negara China sehingga parti pemerintah, PAP kehilangan banyak undi dalam pilihan raya umum Mei lalu.

Untuk membaca cerita seterusnya, harap klik di SINI

Sunday 25 March 2012

Lakonan tahap Oskar, pelajar UPM rampas fail dan cuba lari

Sekarang orang muda diajar untuk berdemonstrasi dan menentang kerajaan, bukan kerana kerajaan itu salah, tetapi kerana kerajaan itu Umno dan Barisan Nasional.




Bila dididik begini maka dalam minda mereka sudah terbentuk satu imej bahawa semua yang berdiri sebagai autoriti adalah tidak betul.

Lebih teruk dari itu, kalau tak betul, orang muda boleh gunakan apa saja tindakan untuk membantah dan 'memperbetulkan' keadaan.

Hasilnya, setiap jenis perbincangan semua nya tak boleh dipakai, sehingga Timbalan Naib Canselor UPM pun diperlakukan seperti anak kecil, kumpulan Pro-M ini merampasa fail universiti walaupun jelas ada orang sedang merakamkan kejadian tersebut.....pada mereka apa saja cara adalah halal kerana universiti itu salah....

sudahlah merampas fail, bila ditahan oleh pihak keselamatan, terpekik terlolong macam binatang kena jerat.... dan pada masa yang sama

Kita patut menyokong sebarang usaha untuk membetulkan yang salah tetapi kita tetap patut mematuhi semua norma dan batasan budaya, terutama sekali bila pihak universiti jelas sedang berusaha untuk berbincang dan mempebaiki keadaan...

Tuesday 13 March 2012

Shahrizat berkorban atau terpaksa?


Menurut Kamus Dewan definisi Berkorban ialah:

berkorban 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa.

Definisi kedua membayangkan bahawa tindakan berkorban haruslah dilakukan bagi menanggung kesusahan atau derita dan dilakukan demi keselamatan orang lain.

Dalam kes NFC, yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang juga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, keputusan beliau untuk meletakkan jawatan diambil terlalu lewat kerana - Kes ini sudah merosakkan imej Umno dan Barisan Nasional dan kini semua yang terlibat mempertahankan parti terpaksa berhempas pulas untuk mencari hujan untuk menangkis cerita, tohmahan dan jenaka pihak pembangkang mengenai kes ini.

Kalau benar-benar Sharizat mahu berkorban, sudah tentu beliau menawarkan diri untuk berundur atau bercuti sebaik saja kes ini terbongkar bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat segala tuduhan dan memperbetulkan keadaan.

Kalau betul Shahrizat ingin berkorban maka dari awal dia sudah meminta maaf kerana tindakan suami dan anak anak telah membawa aib kepada parti.

Dalam definisi berkorban kita boleh lihat bagaimana ianya menjurus kepada sifat sayangkan kepada selain dari diri sendiri. Apabila Shahrizat kembali dari bercuti dan terus menyambungkan kerja walaupun dikecam oleh pelbagai pihak menunjukkan yang dia terlalu sayangkan jawatan untuk berkorban.

sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa Shahrizat, mungkin ianya untuk menjauhkan dia dari terus bergelumang dalam politik yang penuh kotor dan hina.

walaupun agak lambat dan mungkin tidak diterima ramai sebagai korban ikhlas, Shahrizat patut berlapang dada dan mengambil masa untuk meneruskan kehidupan yang lebih hampir kepada yang maha Pencipta.

DIsini, kami berharap mana mana ahli politik dan pemimpin masyarakat lain yang tahu mereka sudah tidak lagi menjadi aset kepada komuniti dan sudah terlalu teruja dengan kekayaan, rumah, kereta dan laun lain kemewahan, eloklah meletakkan jawatan atau mengumumkan persaraan selepas PRU 13. Tak payahlah bertanding lagi...

Ceramah Hassan Ali di Tanjung Karang Hari Khamis ni


Bila jadi macam ni, semua orang susah hati....

PAS yang dulu menjadi harapan kedua umat Melayu kini retak menanti belah.

Siri Ceramah Hassan Ali yang sedang rancak menjelajah negara menjadi kayu pengukur keretakan PAS.

Keputusan PAS untuk tidak menjawab sebarang tuduhan Hassan Ali mungkin akan lebih mengelirukan rakyat, maklumlah Hassan Ali ni bukan terkenal dengan omong kosong, cuma sejak berpisah haluan dengan PAS aje kita dengar dia dipanggil dengan pelbagai jolokan yang kurang enak.

Walau apa pun, jumlah mereka yang datang mendengar ceramah Hassan Ali tetap tinggi kerana ramai yang mahu mendengar cerita dua dua pihak, kalau PAS taknak bercerita maka cerita Hassan Ali lah yang menjadi rujukan utama.

Walau apa pun, PAS wajib mendengar rungutan mengenai kekcohan akidah di Selangor, perkara ini tidak boleh diambil remeh oleh sesiapa yang berjuang atas nama Islam, siasat dan tentukan samada ada kebenaran atau pun tidak. Siasat lah dengan telus agar tiada lagi was was tentang keupayaan PAS mempertahankan ISlam di Malaysia.

Sunday 4 March 2012

Pembinaan Loji kumbahan bawah tanah pertama di Malaysia bermula


  • Penduduk Pantai Dalam akan menghidu udara nyaman tak lama lagi
  • Datuk Sri Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  melawat tapak binaan dan berpuashati dengan perkembangan terkini
  • Teknologi hijau digunakan untuk kitar semula lumpur baki proses


Kolam memproses kumbahan di Pantai Dalam sudah sekian lama menjadi punca bau busuk di seluruh kawasan dari kawasan PPR Cempaka hingga lah ke Pantai Hillpark selama tiga dekad tetapi nampaknya keadaan ini akan berakhir dalam masa beberapa tahun lagi.

Dalam masa dua bulan yang lalu, terdapat pergerakan baru di kawasan kolam tersebut dengan naiknya pagar biru yang lazimnya menandakan sebuah kawasan binaan dan ini telah memberi harapan baru kepada semua yang tinggal di kawasan ini tetapi ramai juga yang risau bahawa kontraktor akan membina loji yang lebih besar dan menjadikan bau busuk lebih teruk.

Tetapi jelas semuanya meleset kerana hambar yang diletakkan di pagar menunjukkan sebuah taman rekreasi, kemudahan sukan dan juga dewan masyarakat di tempat kolam kumbahan.

Lawatan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui meberi kepastian kepada penduduk bahawa kolam kumbahan memang akan dialih ke bawah tanah dan penduduk akan dapat sebuah taman dan kemudahan sukan serta dewan sebagai ganti.

Menurut siaran media, projek ini akan meningkatkan kapasiti loji rawatan kepada lebih 1 juta penduduk  dan ianya akan mula beroperasi dalam tempoh empat tahun lagi.

Kos projek ini dianggarkan RM980 juta dan loji baru ini akan dapat bertahan selama 30 tahun sebelum sebarang tambahan kapasiti akan diperlukan.

Kalau anda mahu membaca cerita penuh, siaran media boleh didapati selepas loncatan