Thursday, 16 February 2012

Patutkan Malaysia berhenti berdagang dengan Israel?

Memang mudah untuk kita mengutuk sebarang hubungan antara Malaysia dan Israel, samada ianya hubungan politik, ,diplomatik ataupun dagangan. Hakikatnya duni kini dikuasai oleh korporat global yang beroperasi di pelbagai negara dan ada masanya mereka menghasilkan komponen di satu negara dan barangan siap di satu tempat lain.

Dari segi pembayaran pula kita mungkin tidak mahu mengalirkan wang dari Malaysia ke satu negara lain bagi tujuan mengawal rizab asing kita dan juga untuk memastikan sistem kewangan kita terlindung dan terus kukuh,

Contohnya kita membeli berbilion peralatan tentera dan ianya dibayar dengan pertukaran minyak sawit dan komoditi lain.

Ada bloggers anti-umno kini mempersoalkan penjualan minyak sawit kepada Israel dan terbaru mereka menunjukkan gambar dua kapal dari ZIM Lines iaitu ZIM Atlantic dan ZIM USA berada di pelabuhan Klang.

Menurut blog tersebut, kedua dua kapal ini singgah di Pelabuhan Kelang terus dari Pelabuhan Haifa di Israel (sila lihat jadual kapa di bawah)

ZIM ialah salah satu syaikat perkapalan terbesar di dunia dan 98 peratus saham syarikat ini dimiliki oleh Israel Corporation - ini sudah tentu boleh dijadikan modal politik dan sudah tentu kerajaan Malaysia boleh memberhentikan hak zyarikat ZIM untuk singgah di Pelabuhan Klang tetapi ini akan hanya memberi lebih bisnes kepada Singapura.

Cuba kit alihat jadual dua kapal yang dikatakan datang terus dari Israel ke Pelabuhan Klang ini.

Jadual ZIM Atlantic (Singgah di Ashdod selepas Haifa)

Jadual ZIM USA - Dari Haifa singgah di Mundra (India) dan Colombo (Sri Lanka) sebelum ke Port Klang 

Kedua dua kapal ini bergerak ke pelbagai pelabuhan besar dan juga berhenti di negara membangun dan ini membantu perdagangan Malaysia dengan semua negara yang terbabit kerana jika ada kapal yang datang ke Pelabuhan Klang maka mudahlah untuk mereka berjual beli dengan Malaysia.

Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu berdagang dengan kapal Israel, biarlah apa pun yang terjadi. Itu adalah keputusan yang perlu dibuat oleh Rakyat Malaysia secara kolektif.

Antara industri yang banayak berdagang dengan Israel ialah industri elektronik.

Disini ada sedikit statistik dagangan Israel-Malaysia antara tahun 2000 dan 2001 menurut website Israel Asia Centre.

Menurut website ini, Intel Corporation Israel mengekspot cip komputer separa siap bernilai USD600-700 juta ke kilang Intel di Penang dan Kulim untuk disempurnakan.

Syarikat elektronik besar terus bertapak di Israel dan kita mahu menjadi sebahagian dari rangkaian nilai industri elektronik. Kita harus membuat keputusan smaada mahu menutup semua kilan elektronik antarabangsa kerana memang ada kemungkinan merkea akan mengimpot komponen dari Israel.

Ini semua adalah persoalan berat yang perlu kita jawab jika kita mahu menghentikan dagangn mengalir antara syarikat yang berada di Israel dan cawangan mereka di Malaysia. Kalau kti setuju untuk menghentikan semua dagangan, samada melalui pihak ketiga ataupun secara terus.







1 comment:

  1. dahtu jgn duk siang malam pekena org yang keluar statement yg banyak tafsiran...kes kapal israel ni jelas kerajaan BN juga menjalinkan hubungan dengan Israel (yang dinafikan siang dan malam)

    ReplyDelete