Tuesday, 14 February 2012

Malaysia berhenti ekspot minyak swit ke Iran kerana ikut telunjuk zionis?


Itulah tuduhan pemuda PKR, Chegubard. Dia meletakkan imej di bawah ini sebagai bukti menyokong kenyataan tersebut. Mari kita cuba baca sedutan rencana dari ajensi berita Reuters ini dengan teliti.

Dalam para pertama  lagi sudah dikatakan, kalau boleh saya terjemahkan.

(Reuters) Pengekspot Minyak Kelapa Sawit Malaysia telah menghentikan penghantaran lebih kurang 30,000 tan bahan masakan utama yang dibeli oleh Iran setiap bulan, ini merupakan separuh dari keperluan munyak masak tempatan di negara Timur Tengah ini , kerana sekatan kewangan keatas Iran telah menghalang proses pembayaran bagi transaksi antarabangsa ini.

Jelas dari laporan ini bahawa keputusan untuk berhenti mengekspot komoditi penting negara ini adalah disebabkan masalah pembayaran yang timbul dari sekatan kewangan ke atas Iran.

kalau pembekal tak dibayar, sudah tentu mereka tidak akan menghantar bahan tersebut... bengkrap lah camtu....

Mungkin kita juge perlu mengajar  ekonomi dan asa perakaunan dalam bahasa Inggeris agar anak muda mampu memahami berita ekonomi dunia dan tidak mudah terkeliru.

No comments:

Post a Comment