Sunday 19 February 2012

VIDEO: Tun Mahathir mahu lebih ramai Mat Sabu

Terkenal dengan komen sinis yang menusuk kalbu, Mantan Perdana Menteri berkata dia mahu lebih ramai Mat Sabu untuk pihak pembangkang.

Kata Mahathir, cara kasar dan kata kata kesat Mat Sabu mungkin sedap di telinga penyokong tegar PAS tetapi ianya menjadi nanah di telinga pengundi atas pagar.

Kata beliau, sikap Mat Sabu yang suka menyalahkan pihak keselamatan termasuk Polis dan Tentera juga menyebabkan anggota beruniform marah dengan timbalan presiden PAS itu.

Pada firasat Mahathir, pengundi mungkin memangkah BN keana marah sangat kepada Mat Sabu. Sila tonton video selepas loncatan untuk mendengar sendiri apa yang Tun Mahathir katakan.




No comments:

Post a Comment