Monday, 13 February 2012

Lima Ketua Bahagian Umno Kelantan mungkin tidak dicalon

Cerita ini dibawa oleh Malaysia Today dan beberapa blog pembangkang dan ini mungkin akan mendatangkan tanda tanya kepada jentera Umno Kelantan.


Ketua-ketua bahagian itu ialah, Abdullah Yassin (Rantau Panjang), Ramzi Abdul Rahman (Kuala Krai), Che Alwi (Pasir Puteh), Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Antara lima ini adakah yang boleh dianggap sebagai 'winnable candidate"?

Kalau tidak, maka ini adalah tindakan yang paling tepat kerana Barisan Nasional perlu membuktikan yang ia benar benar mahu berubah untuk memnangi semula hati rakyat yang semakin hambar terhadap dacing.

muka muka lama yang sudah puas berkhidmat perlu ditukan dengan semangat baru yang masih berkobar kobar untuk meneyelesaikan masalh rakyat dan mencetus wawasan baru bagi Malaysia di zaman penuh cabaran ini.

Mereka yang lama eloklah diberi satu peranan dalam majlis penasihat yang bersidang secara berkala dan sesi persidangan diberikan liputan meluas agar kita dapat memahami apa nasihat yang diberikan oleh mereka yang lebih berpengalaman.

Yang mana memang tak perform tu, pandai pandai lah ye, mana ade makan free dalam dunia ni, eloklah lekas jadi rajin kalau tak nak anak bini kelaparan.

No comments:

Post a Comment