Saturday, 11 February 2012

PKR anjur demonstrasi anti FGVH 30 Mc


PKR melancarkan kempen 100,00 tandatangan membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad dan sekaligus mengumumkan mereka mahu menganjurkan demonstrasi di Putrajaya 30 Mac ini bagi tujuan sama,

Menurut ketua biro felda dan orang asli PKR, Suhaimi Said mereka sudah mengedar hampir 20 meter kain kepada setiap wakil negeri untuk dipenuhi tandatangan.

“Kain putih itu akan dicantum dan dibawa bersama memorandum bantahan dalam perarakan menuju Pejabat (perdana menteri) Najib pada 2.30 petang, 30 Mac ini,” kata Suhaimi.


“Sebagaimana kita sedia maklum, penyenaraian bertujuan mendapatkan modal dengan menjual unit-unit saham dan melepaskan kepentingan kepada orang luar, maka rakyat perlu tahu apa tujuan sebenar penyenaraian FGVHB ini,” katanya.

KOMEN PantaiRep: Elok parti politik tak masuk campur, biar persatuan peneroka Felda yang bertindak...kalau tidak nanti yang elok jadi buruk

No comments:

Post a Comment