Setelah beberapa kali dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia, Akhbar The Star akhirnya menggantung dua pengarang kanan dan melantik deua pengarang bersekutu (Associate Editor) yang ebragama Islam untuk menasihati akhbar tersebut mengenai sensitiviti agama Allah.
Penggantungan ini dibuat setelah akhbar tersebut menyiarkan gambar Erykah Badu dengan tulisan nama Allah di dada, gambar tersebut diambil sebagai sebahagian bahan promosi penyanyi terkenal tersebut tetapi pihak penganjur konsert telah membuang tulisan nama Allah dari semua poster promosi.
Entah kenapa pihak Akhbar star membuat keputusan untuk menyiarkan gambar asal dan bukan poster yang sudah diedit oleh penganjur konsert, Pineapple Concert. Pengarah Pineapple Concert ialah Razman Razali - sudah tentu dia sedar sensitiviti umat Islam dan sebab itulah nama Allah telah dibuang dari poster konsert.
Pengarang kanan yang digantung ialah Pengarang Kanan Star2, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Pengarang Features Daryl Goh. Penggantungan mereka tidak mempunayi tarikh tamat yang tetap.
Pengarang bersekutu beragama Islam yang dilantik oleh Star ialah Rozaid Rahman dan Shah Dadameah.
No comments:
Post a Comment