Media Barat sudah lama dikenali sebagai juara hipokrit dunia, menyebelahi pihak barat, tak kira samada pendirian mereka betul ataupun tidak.
Malaysia diserang kerana membangunkan industri minyak sawit, kononnya ini merosakkan hutan hujan tropika dan kita tidak dibenarkan menebang sebarang pokok tanpa kebenaran pihak barat.
Dulu pihak British menebang hutan kita untuk menanam getah untuk empayar mereka dan ditarah semua tanah yang dijumpai bijih timah dei untuk merompak kekayaan negara ini, dan kini mereka telah kaya, pandai pulak nak mengajar kita macamana untuk menjaga alam sekitar.
danb kini akhbar Independent dari UK mamanggil DS Najib sebagai ketua hipokrit kerana FBC, syarikat PR yang digaji oleh Kerajaan Malaysia berjaya menempatkan pelbagai dokumentari yang menyatakan pandangan kita tentang pelbagai isu, termasuk industri minyak sawit dan pembalakan di negara ini.
Tanpa usaha ini tidak mungkin pandangan kita akan diberi ruang, dan yang peliknya, walaupun mereka tidak nampak apa apa kesilapan fakta dalam paparan dokumentari yang ditayangkan oleh BBC, mereka tetap marah.
Sebenarnya mereka marah kerana kita telah berjaya mematahkan hujan imperailistik mereka dan ini sedikit sebanyak telah merosakkan agenda globalis mereka.
Dalam agenda globalis dan eugenist yang kini popular di kalangan kapitalis Barat hanya mereka sahaja yang boleh membangun dan maju dan kita ini semua dianggap sebagai hamba untuk mereka memerah kudrat dan menambah kekayaan.
Keadaan inilah yang telah menyebabkan pelbagai protes tentang globalism yang meletus setiap kali kumpulan negara kaya G7 berkumpul untuk menetapkan polisi opresif mereka.
Kita sepatutnya bagga yang pihak akhbar British begitu marah dengan Malaysia dan Kerajaan DS Najib kerana berjaya mengenengahkan pendapat kita melalui saluran media yang paling dipercayai di Britain, BBC.
Mulai hari ini DS Najib sepatutnya bangga dan mengingatkan kita bagaimana pihak Barat sedang terus mencuba untuk menindas kita secara ekonomi dan mendominasi dunia melalui hipokrisi falsafah politik demokrasi mereka.
Amerika kini diiktiraf sebagai salah satu negara dimana semangat demokrasi sudah padam dan ianya dipadamkan dengan sengaja oleh pihak Media yang sengaja menumpulkan minda rakyat negara tersebut dengan memberi mereka isu remeh untuk difikirkan ketika pemilihan wakil dan presiden.
Pihak pembangkang bertanya apakan kebaikan yang diterima oleh Rakyat Malaysia dengan usaha FBC ini; Jawapannya sungguh mudah, Industri sawit Malaysia terus menikmati harga pasaran yang baik dan kini semakin kurang menerima halangan dari negara Barat hasil dari penyiaran dokumentari mengenainya.
Berapa juta warga Felda yang berterima kasih dengan harga sawit yang baik dan pasran yang semakin besar? Berapa juta lagi mereka yang bekerja dengan syarikat perladangan swasta yang berterima kasih dengan keadaan ini?

No comments:
Post a Comment