Friday 10 February 2012

Pak Sam Masih tak puas hati FGVH akan disenaraikan

Oleh Duke of Umno

Isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding memang agak panas...ramai warga Felda yang tak senang dengan tindakan ini kerana dirasakan hasil keringat mereka akan dikongsi oleh mereka yag langsung tidak mencurahkan bakti kepada Felda.

Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman terus berkempen untuk menghalang penyenaraian Felda yang dijangka berlaku selewat-lewatnya bulan April ini.

Walaupun pakar ekonomi semua kata penyenaraian ini bagus untuk Felda, elok juga pihak berwajib menilik perasaan peneroka yang berdekad membanting tulang dan meneroka kawasan hutan belantara hingga menjadi kebun, ladang, kampung, pekan dan bandar.

Hati kecik mereka elok kita jaga kerana mereka dah lama berbakti kepada bumi, taku takut nanti Allah menyusahkan urusan penyenaraian dan menjadikannya satu tindakan yang merugikan.

Ingat kita hanya boleh merancang, Allah juga yang menentukan segalanya...ingat Allah ingat Akhirat, selamatlah kita di dunia

Kalau nak baca lebih lanjut kesedihan Pak Sam, klik di SINI

No comments:

Post a Comment