Monday 13 February 2012

Tanah Felda Plantations bakal difaraid kan

Inilah laporan gempar Malaysiakini, hasil tulisan penulisnya yang tidak dibenarkan masuk ke dalam satu majlis yang dilangsungkan di Felda dan dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Malaysiakini, memetik kandungan Buku Jingga yang menjadi kitab rujukan utama mazhab pembangkang,  tanah milik Felda Platantions akan diagih agihkan kepada peneroka generasi pertama kedua dan ketiga mengikut kelayakkan masing masing dan ini, kata mereka akan menlenyapkan Felda dari muka bumi bertuah ini.

Ini merupakan tuduhan terbaru dari Malaysiakini dan jika benar, sudah tentu akan dianggap sebagai tidak masuk akal oleh sesiapa saja yang boleh berfikir.

Blogger Duke of Umno menjelaskan betapa gilanya rancangan ini jika dilaksanakan.


Untuk mengetahui cerita penuh pendedahan ini, sila ikut loncatan.

Menurut Duke, dasar-dasar di dalam buku jingga itu semuanya mengarut, termasuklah salah satu dasarnya berkenaan Felda.

Dalam kitab suci Pakatan Haram itu, mereka bertekad untuk melenyapkan Felda dari muka bumi ini, manakala tanah-tanah di bawah “Felda Plantation Sdn Bhd” itu akan difaraidkan di kalangan generasi kedua dan ketiga, serta mereka-mereka yang layak.

Gila ke apa? Pertamanya, Felda Plantation tu mana ada tanah! Yang memiliki tanah Felda ialah Lembaga Felda. Sebab tu FGVH terpaksa sewa tanah Felda tu selepas penyenaraian di Bursa Malaysia nanti. Jadi, macamana mereka nak faraidkan tanah Felda Plantation kalau anak syarikat Felda tu tak memiliki tanah?

Sebenarnya, mereka celaru. Felda Plantation tu hanya menguruskan hal ehwal tanaman peneroka saja. Maksudnya, ia merangkumi penanaman semula, baja, subsidi, jentera dan sebagainya. Lain kali, selidik dulu faktanya sebelum serbu macam tak pakai helmet! Kan dah kena…

Untuk baca cerita sepenuhnya, sila klik SINI


2 comments:

  1. SALAM TANAH FELDA TAK BOLEH DIFARAIDKAN

    ReplyDelete
  2. MOHON PIHAK FELDA MENGADAKAN KAJIAN YANG MENDALAM TENTANG ISU INI BAGI MENGELAKKAN KERUGIAN KEPADA NEGARA

    ReplyDelete