Saya ingin merujuk pada tulisan Dr. di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/189406) yang bertarikh 17 Februari 2012. Dalam tulisan tersebut, Dr. membuat satu surat terbuka pada Datuk Maslan yang bertindak mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Tulisan Dr. nyata penuh dengan istilah-istilah besar demokrasi yang pasti dikagumi oleh orang yang membacanya. Jadi izinkan saya juga menulis satu surat terbuka pada anda. Tulisan saya bukan untuk menjawab bagi pihak Datuk Maslan, kerana saya yakin beliau lebih berkemampuan untuk menjawab atas kapasiti beliau sendiri. Cuma, tulisan saya ini adalah dasar terkilannya saya melihat corak penulisan Dr. sebagai seorang ahli akademik yang ternyata amat bias dan penuh dengan percanggahan fakta dan hujah.
Menurut anda, ‘Buku Jingga’ yang dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat merupakan sebahagian dari pengamal domokrasi yang adil dan tatakelola yang baik. Persoalannya adakah sesiapa yang menyekat Pakatan Rakyat dari menerbit dan menyebarkan ‘Buku Jingga’ mereka? Kalau ada sila kemulakan. Sekiranya Pakatan berhak menerbitkan ‘Buku Jingga’ apakah kita sebagai rakyat tidak berhak menolaknya, terutama apabila kita mengkaji isi kandungannya, kita merasakan ia satu idea propaganda yang lebih bersifat retorik dan tidak berpijak dibumi yang nyata? Apakah Datuk Ahmad Maslan tidak mempunyai hak sebagai salah seorang pengamal demokrasi untuk menolak ‘Buku Jingga’ bila beliau merasakan ia tidak lain merupakan satu propaganda murahan yang tidak praktikal untuk dilaksanakan? Dan apakah kita rakyat jelata tidak boleh mendengar pandangan yang tidak bersetuju dengan isi kandungan ‘Buku Jingga’ yang diutarakan oleh Datuk Maslan? Tindakkan Datuk Maslan membuang buku jingga hanyalah satu bentuk ekspresi untuk menguatkan hujah beliau bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ adalah ‘tidak boleh pakai’. Apakah mengkritik dan menolak ‘Buku Jingga’ bererti kita ini sudah tidak demokrasi dan menyekat kebebasan maklumat? Jadi nampaknya kebebasan maklumat yang dilaung-laungkan Dr. juga sekadar satu retorik yang pada pendapat saya bersikap bias terhadap usaha propaganda pembangkang.
untuk membaca selebih surat ini sila klik di SINI
No comments:
Post a Comment