Tuesday 14 February 2012

DAP mahu sorokkan Dong Zong agar orang Melayu alpa?

Dr Yap, Penyokong kuat Dong Zong ditumbuk oleh bekas
pelajar Kolej New Era pada tahun 2009 kerana tidak puas
hati. 
Kumpulan aktivis pendidikan dan kebudayaan Cina, Dong Zong, yang terkenal dengan pendirian mereka mahukan budaya dan bahasa cina diketengahkan dengan lebih hebat sememangnya telah lama dikaitkan dengan parti DAP, walaupun terdapat juga elemen yang bersangkut paut dengan parti politik  Cina lain.

Kini pihak Pakatan, terutama mereka yang memerhatikan gelagat DAP secara dekat sudah mula sedar bahawa mereka tidak mungkin berjaya ke Putrajaya dengan berdampingan terlalu rapat dengan Dong Zong kerana majoriti penduduk negara ini adalah orang Melayu dan sudah tentu orang Melayu tidak mahu budaya dan bahasa Cina sana taraf denan bahasa dan budaya Melayu.

Ini semakin menjadi dilema kepada DAP yang tidak mahu melepaskan Dong Zong tetapi terpaksa bermuka muka dengan ahli Pakatan yang lain iaitu PAS dan PKR yang lebih Malay-centric dari DAP.

Walaupun DAP telah berjaya memujuk PAS untuk percaya bahawa parti Islam itu ialah komponen paling lemah dalam Pakatan, sebenarnya mereka sedar bahawa DAP lah sebenarnya parti paling lemah dan peningkatan kerusi di Parlimen sebenarnya hasil gerak kerja ahli PAS yang turun berduyun untuk berkempen untuk pihak Pakatan.

Hakikatnya ini negara Melayu dan parti cauvanis Cina, tak kira bergelar DAP, MCA atau Gerakan, tak mungkin mendapat kerusi jika tidak diberi sokongan padu oleh PAS atupun Umno.

Mahu tak mahu, DAP sedang memikirkan cara untuk terus rapat dengan ideologi dan perjuangan Dong Zong tanpa memberitahu PAS atau PKR kerana para penasihat Pakatan kini makin risau dengan tindak tanduk DAP yang dikatan menarik pandangan negatif kepada Pembangkan dengan pendedahan gempar yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin berkenaan pembunuhan Datuk Patrick Wong yang berkait dengan industi pasir di Selangor yang kini dikawal oleh gengster.




  

No comments:

Post a Comment