Saturday 11 February 2012

Seminar tiga dekad PAS di Kelantan dapat sambutan hambar

Kalau dulu, sudah tentu sesak dengan peminat dan pengikut,
tapi kini warga pondok pun segan untuk meraikan.
Kalau PAS masih tidak sedar kesilapan mereka dan mahu
terus menuding jadi mungkin mereka akan menerima
tamparan yang lebih hebat selepas ini.
Setelah dua dekad memerintah terus menerus di bawah Mursyidul Am PAS dan setelah tiga dekad menjadi kubu kuat PAS, sudah tentu Seminar Tiga Dekad Pas yang dilangsungkan di Pondok Telosan Pasir Tumbuh Kelantan mendapat sambutan hangat, tapi hakikatnya kehadiran yang direkodkan hambar dan pilu.

Penulis blog Penyokong Nik Aziz, Mohd Sayuti Omar berasa gusar tentang sambutan yang lesu terhadap satu program penting mengupas jejak langkah PAS di Negeri Kelantan, katanya lebih baik PAS tidak terus keasyikan dengan kuasa.

Dia mengaku yang PAS sudah kehilangan sebahagian besar sokongan yang diterima dari tok guru dan penuntut sekolah pondok di Kelantan.

Yang lebih sedih, tetapi didak langsung mengejutkan, MSO menuding jari ke arah sekolah pondok yang katanya kini sudah banyak yang berkiblatkan Barat. Katanya;



Hakikatnya kini Pas sudah kehilangan besar dokongan pondok apabila banyak pondok telah disalinkan dengan pendidikan semi sekular atau pewarisnya sendiri berkiblat ke Barat suka pakai kot dari jubah serta tidak meneruskan jihad orang tuanya bagi menhidupkan pondok mengikut kesesuaian zaman?



Sebenarnya seminar ini dilakukan di pondok bagi tujuan menarik kembali sokongan yang hilang, tapi jelas MSO dan PAS Kelantan kecewa mereka tidak dapat memujuk guru dan murid pondok untuk bersama mereka walaupun barisan ahli panel cukup hebat dan termasuk Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Ini sebenarnya tidak memranjatkan kerana PAS sudah bertubi tubi tersadung kaki sendiri dengan kes penjualan arak di 7-11 Shah ALam, lanjutan masa buka pusat hiburan di Selangor, pertumbuhan rumah urut seperti cendawan di Selangor, kegagaln mentadbir di Kedah, kes AUKU yang disokong Ustaz Azizan di Kedah, Kes Gereja DUMC dan buka puasa murtad di Selangor, kegagalan bersatu untuk menegakkan akidah dan yang terakhir,  pemecatan Hassan Ali.

PAS mungkin kurang sedar bahawa mereka sebenarnya adalah kaki kedua Melayu dan kita berpijak di Tanah Melayu. Sedih umat Melayu melihat PAS dikudakan Anwar Ibrahim dan PKR dan dihina oleh parti cauvanist Cina Kristian DAP.

Hakikatnya imej PAS telah  terlalu banyak tercalar di mata rakyat kebanyakkan walaupun dikalangan penyokong tegar ianya dikatakan terus bergemerlapan.

Zaman sudah tiba dimana para ulamak Alki Sunnah Wal Jamaah malu alah untuk dikaitkan dengan perjuangan PAS yang kini sudah bertukar ke arah negara berkebajikan dan bukan lagi untuk menegakkan Negara Islam.

Dalam kitab perjuangan baru PAS yand ditelaah oleh Mursyidul Am, majlis Syura Ulamak dan barisan pemimpin tertinggi, Negara Islam tidak pernah dituntut dalam Al-Quran.

Malah kenyataan terbaru Nik Aziz di jumaat sebelum sambutan Maulidur Rasul yang mengatakan ianya adalah sesuatu yang kita tiru dari Kristian dan serupa dengan perayaan Hari Natal Nasrani yang mengingati hari lahir Jesus ataupun Nabi Isa A.S. telah membawa PAS selangkah lebih dekat kepada ajaran dan fahaman Wahabbi dan ini amat memualkan ulamak Ahli Sunnah yang jelas tentang kedudukan Rasulullah sebagai salah satu dari tunggak iman dalam dua kalimah syahadah.

PAS mungkin tidak sedar nama mereka semakin hilang harumnya dikalangan orang Melayu Ahli Sunnah kerana perkataan Islam dalam nama parti mereka menjanjikan haruman yang berkekalan.

Malah, dalam kebanggan keIslaman mereka, PAS lebih selesa menuduh furu, murid dan sistem pondok itu sendri yang terpesong dan makin terlupa akan medan Jihad, walaupun hakikatnya pengamal pondok itu ramai dan PAS hanya satu,

Kalau yang ramai berpendapat berbeza dengan yang satu, maka haruslah yang satu melakukan muhasabah diri yang ikhlas. Jika tidak, tak siapa yang rugi kecuali PAS jua.

Kata MSO lagi;

Zaman berubah dan berbeza. Sistem pondok yang satu masa dulu menjadi institiusi pendidikan dan medan jihad semakin dilupai. Keadaan ini wujud kerana kealpaan manusia juga. Sudah banyak pondok yang dulu berperanan memainkan atau menjadi markaz Pas kini sudah tiada. Satu demi satu pupus atau menjadi seperti rumput di jalanan hidup segan mati tidak mahu?

Sikap menuding jari ini dikatakan tanda besar tentang sikap seseorang ataupun sesuatu organisasi, ianya mungkin terlalu sebati dengan PAS sehingga mereka tidak boleh lagi menerima hakikat bahawa mungkin mereka sudah tersilap langkah.

Janganlah malu bertanya, walau kepada anak kecil, apabila kita sudah tersesat, takut nanti kita lupa dari mana datang kita dan kemana hendak di tuju, pada masa itu petunjuk arah yang terbaik pun tak dapat membawa kita ke laluan asal.....

Kalau laluan asal pun dah lupa macamana nak kembali?

No comments:

Post a Comment