Thursday 26 January 2012

MB Selangor akan baca khutbah Jumaat hari ini...

Sebagai Exco Agama , MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dikhabarkan akan membaca khutbah Jumaat di Masjid Batu 8 Ijok hari ini.

BErita ini dilaporkan oleh Selangor Daily.

Eloklah kalau Exco agama boleh baca khutbah, tapi hukum hakam lain macamana?

Wednesday 25 January 2012

Pesuruhjaya Suhakam kata 'Polis bodoh'

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Muhd Sha'ani Abdullah mengetlaurkan kenyataan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia 'Polis bodoh serta tidak matang dalam menangani kejadian' kekcohan di perhimpunan ABU di Jalan Kebun, Klang hujung minggu lalu.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas menerima laporan dari penganjur perhimpunan iaitu ahli pangkatan pemuda PKR yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard menuduh pihak Polis sengaja lambat tiba di tempat perhimpunan dan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan gengster.

Kenyataan kasar Muhd Shaani dijangka akan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak kerana kini terdapat beberapa versi kejadian tersebut dengan sesetengah pemerhati percaya yang kekecohan itu memang sengaja diprovokasi oleh penganjur bagi mendapat publisiti meluas kerana ianya tidak mendapat sambutan yang cukup besar pada malam tersebut.

sila baca di SINI  dan SINI

Dalam insiden tersebut, dilaporkan seorang pemuda yang berbaju Barisan Nasional telah datang dan memukul seorang pemuda yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Polis Selangor berkata mereka tidak menerima sebarang notis atau permohonan untuk perhimpunan tersebut dan hanya mengetahui tentang perhimpunan dan insiden setelah laporan polis dibuat mengenai kekcohan yang berlaku.

Chua Soi Lek Celaka - PAS terus jadi permainan Cina

Presiden MCA ni memang jelas mahu memecahbelahkan umat Islam demi kepentingan politik Cina.

Dia tahu Cina memang sokong DAP, bila dia kata PAS akan berkuasa bila Cina Sokogn DAP, sebenarnya dia mahu BN Kalah, dia mahu orang Melayu sokong PAS beramai ramai.

Kalau betul PAS berkauasa bila pakatan menang, aku pun nak sokong, tapi bukti di Selangor menunjukkan yang bila pakatan menang, PAS tinggal jadi Parti Adat dan Sukan....

Inilah antara jarum halus politik Cina, eloklah kita berhati hati bila berurusan dengan yang bukan Islam, tak kiralah dikatakan kawan atau pun lawan, mereka semua mahu menjatuhkan Islam.

Kita kena bijak dan menghasilkan agenda sendiri dan tidak terikut ikut rentak mereka, harap kawan kawan dapat menilai perkembangan terbaru ini.

Para penyokong PAS diharap dapat menjadikan parti anda kuat semula, bukan saja dari segi sokongan rakyat tapi, lebih penting, dari segi hala tuju perjuangan Islam, dan bersihkanlah parti dari anasir Syiah dan Wahabi

VIDEO: Ribut Pantai Dalam


Ribut ranapkan bumbung PPR Cempaka, BEWG datang membantu

Gambar dari New Straits Times menunjukkan dahan patah
menimpa kenderaan di sekitar Pantai Dalam 

  • Dua blok dilaporkan mengalami kerosakan
  • 10 unit flat hilang bumbung
  • Kenderaan rosak ditimpa zink bumbung 
  • Jumlah kerosakan dianggar RM1 juta 

Ketika warga kota sedang sibuk pulang ke rumah masing masing selepas tamat hari bekerja, satu ribut besar melanda kawasan Bangsar dan Pantai Dalam dan mengakibatkan pelbagai kerosakan harta benda.

Selain dari dahan patah menimpa kereta dan gerai serta kedai di sekitar Pantai Dalam, angin kuat ribut tersebut juga telah mengopak bumbung dua blok flat Projek Perumahan Rakyat Sri Cempaka.

YB Menteri, Datuk Seri RNC mengumumkan
bantuan RM50,000 untuk membaiki kerosakan
bumbung Blok E flat PPR Seri Cempaka akibat
ribut
Setelah reda, penduduk yang ketakutan mendapati 10 unit flat tingkat atas kehilangan bumbung dalam kejadian pukul 6.30 petang tadi.

Alhamdulillah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik turn padang untuk melihat kerosakan yang berlaku pada kira kira pukul 10 malam.

Setelah melihat kerosakan dan berbual dengan penduduk, YB Menteri telah memberi mereka sedikit berita gembira bahawa ada pihak yang telah setuju untuk menghulur bantuan sebanyak RM50,000 bagi kerja membaiki bumbung yang telah terbang.

Katanya duit tersebut adalah sumbangan ikhlas Beijing Enterprise Water Group. Kalau nak tahu syarikat inilah yang menjadi kontraktor utama pembinaan Pantai Sewage Treatment Plant 2, iaitu loji kumbahan najis bawah tanah pertama di Malaysia yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

Gambar NST (Mokhsin Abidin) menunjukkan betapa banyak
air yang melimpah dari longkang akibat ribut kuat yang
melanda Pantai Dalam 
Walaupun mereka terpaksa bermalam di rumah saudara dan menanggung kerugian yang agak besar akibat ribut tersebut, tapi terasa terubat sedikit hati bila Pak Menteri turun dengan segera, sambil membawa sumbangan.

Yang tak nampak ialah Wakil Rakyat Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar yang dikatakan sibuk menghadiri siri ceramah seluruh negara bagi membela tuduhan liwat keatas bapanya, ketua pembangkang  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan New Straits Times mengenai ribut yang melanda Pantai Dalam selepas loncatan






Australia's Worst Journalist, Andrew Hornery

Sapa mamat nie? Kenapa rakyat Malaysia perlu kenal dia?

Dia telah tersenarai antara wartawan paling tidak beretika di Australia ,

Berikut adalah apa yang diperkatakan di website http://www.australiasworstjournalist.com.au - ingat ini bukan rekaan sesiapa tetapi adalah satu website yang terkenal di Australia bagi mengklasifikasi wartawan yang tak cekap bertugas dan tidak beretika


Andrew Hornery - Journalist
Sydney Morning Herald - Aug 8 to 9, 2009
Sydney Morning Herald - Sep 26 to 27, 2009 (repeat)
Numerous factual errors.  Andrew Hornery, unable to transcribe accurately factual matters or deliberately engages in falsehoods to degrade his subject, and heighten his vitriole.
Persons contacted by this dishonest journalist should not afford him an interview, as quotations will be altered to suit the journalist's purpose.  Any correspondence with the editor responsible, Peter Kerr, fails to elicit a satisfactory response.

Dia ni lah yang disanjung oleh bloggers pembangkang sebagai sumber berita yang mengatakan Datin Seri Rosmah Mansur adalah pemboros dan berbelanja besar di Australia,

ini bukti blogger Milosuam berinteraksi dengan Andrew Hornery di Twitter dan bagaimana dia terus cuba menegakkan benang yang basah walaupun sudah terkenal sebagai wartawan yang tidak dihormati di Australia

seperti juga pembohong di Malaysia, Hornery mengaku di di pihak yang benar dan kononnya menggunakan hak beliau sebagai ahli Media Bebas.

Bebas tak bermaksud berbohong kot...



Did I mention that he is also gay?

dia nak gay tu dia punya pasal lah kan...cuma nak beritau lah....ye lah undang undang anti-lwat negara ni kan dah dilabel lapuk oleh ketua pembangkang...mungkin sebab tu lah kot dia suka sangat nak buat buat cerita pasal Rosmah ni....

Tuesday 24 January 2012

Kalau dah kenal siapa gengster, lapor polis

Harap polis boleh tangkap dan soal siasat sape manusia ni. kalau betul dia buat kecoh di majlis orang, tangkap dia

takkan sebab kita tak setuju dengan politik orang, kita boleh pergi pukul dia...bertamadun lah sikit. kalaupun politik dia haprak, kita jangan jadi haprak sama dia,

apa pun , diharap pihak polis dapat tangkap dan soal siasat manusia ni, bila dah siasat barulah kita tahu betul ke dia yang buat hal, kenapa dia buat hal dan siapa yang suruh dia buat hal

Rosmah kantoi ke Pakatan yang kantoi membohong lagi ni?

Haritu dah terkena sekali, tuduh Rosmah dan anak
perempuahn shopping di Australia tapi sebenarnya anak
DS Najib langsung tak berada di Australia.

Kali ni mereka buat cerita lagi satu tentang Rosmah bershopping
di Australia, kononya berbelanja besar di butik pereka
fesyen.

Dah siasat habis ke atau main serkap jarang aje.

Aku pun tak lah gemar kan si Rosmah ni tapi jangan
lah buat cerita bohong.
Kalau mush ketat Singapura, suka sangat mencanangkan cerit Rosmah berbelanja di Australia, maksudnya apa? adakah Signapura suka Najib ataupun tidak?

Kalau mush negara tak suka PM kita apa maksudnya? juba fikir skit.

PErnahke suratkhabar Singapura tulih buruk pasal Anwar?
kenapa Singapura sukakan Anwar?
Singapura ni proksi siapa? bukankah antara negara paling awal dlawat Lee Kwan Yew selepas dipotong dari Malaysia ialah ISrael?

sedarlah bahawa Singapura adalah suruhan Israel dan Amerika di Asia Tenggara, apa yang Singapura tak suka itulah yang Israel dan Amerika tak suka dan Singapura suka Anwar


Monday 23 January 2012

Penganjur PR sedia cederakan penyokong demi propaganda?


Dari Unspinners
Trick menyerang dengan 
penyerang memakai T shirt
UMNO pernah berlaku 
di PRK Bagan Pinang 
di mana pihak Salahuddin
Ayub terkantoi menyiarkan 
anak muda tercedera 
dengan darah tomato sos.


Nampak gayanya ini hanya 
permainan propaganda yang 
mempunyai sentuhan 
Chegubard Simpson yang 
begitu ketara. 


Permainan Chegubard 
sering  cepat menyalahkan 
UMNO.


Bertambah lagi, 
ada pula penglibatan 
peguam kurang siuman dan 
fanatik seperti 
Harris Ibrahim dan 
Timbalan Presiden 
parti yang  kurang 
keupayaan moral
dan intelek 
macam Mat Sabu.


Ini hanya membuktikan
serangan terhadap majlis 
ABU adalah usaha yang
dirancang untuk tarik
perhatian dan salahkan
UMNO. 
Kah kah kah ... kantoi! 
 Serangan di beberapa majlis ABU yang cepat salahkan UMNO bukan pertama kali, tetapi banyak kali. Sendiri serang sendiri dan salahkan orang lain. Ini semua trick lama.

Kalau setakat trick, itu tidak jadi hal, tetapi trend baru yang ditunjukkan oleh pihak antikerajaan sangat merbahayakan rakyat, walaupun mereka adalah penyokong pembangkang yang bersama pihak mereka.

Apa yang berlaku adalah adalah pihak ABU melakukan kekecuhan untuk menarik perhatian kepada slogan mereka yang tidak laku. Ini merbahayakan.

Ini tidak menghairankan kerana pihak ABU begitu angkuh dan ganas hingga hujah Anas Zabedy bahawa kempen sedemikian akan menafikan calun UMNO yang baik dimaki hamun oleh peguam pembunting wanita Harris Ibrahim.

Pada hari keputusan mahkamah kes Anwar, pihak penganjur Gerakan Bebas Anwar 901 menyalahkan Perkasa berasaskan kata-kata amaran kosong Dato Ibrahim Ali. Tindakan Shamsul yang begitu cepat menuduh hanya menimbulkan persoalan.

Gerakan 901 mempunyai motif untuk kecohkan demonstrasi 901 untuk mendapatkan perhatian asing dan mengecohkan keadaan demi mendapatkan simpati rakyat.

Modus operandi yang sama diguna.

Apa yang difahami adalah bom itu diletakkan dalam kon yang menyerupai kon polis. Sebabnya kiraan Kon Polis yang dibawa untuk kegunaan mencukupi. Bom yang diletakkan dan diletupkan dengan timer dilakukan begitu profesyenal sekali untuk mendapatkan letupan yang berimpak.

Ini yang bukan kerja Perkasa atau mana-mana pihak lain melainkan pihak yang punya connection baik dengan pakar anasir subversif luar negara. Siapa lagi yang ada connection sedemikian melainkan PKR dan Bersih 2.0.

Oleh itu awas bila hadhir ke perhimpunan kumpulan pro Pakatan Rakyat. Mereka sanggup lakukan apa saja demi politik.

Mereka ini sudah mabuk politik hingga tak sedar atau tak mahu terima kenyataan bahawa rakyat dah fatigue politik. Hentilah drama murah sedemikian wahai Pakatan

Karat, buang masa saja ...



TAMBAHAN

Chegu Bard sembunyi takut ketika pergaduhan berlaku. APa yang difahami berlaku, puak2 Hindraf melakukan bising di tepi jalan ketika waktu maghrib. Ceramah di kawasan ini berlaku waktu isya. Masyarakat setempat marah. Baca kisah sebenar di Sel13 sini

Hindarf masa itu tidak peduli. Itu berlaku tegang leher. Tapi diperbesarkan lebih dari yang sebenar. Baca FMT sini

Antara waktu maghrib dan isya keadaan dah reda dan propaganda dapat dilakukan, mereka pun umum untuk hentikan program. Masa itu sahabat baik trojan horse dalam UMNO, Chegu Bard berlakun seperti berikut macam dia begitu bertanggunngjawab sekali. Trojan horse pasti suka lihat propaganda yang baik skrip seperti ini...


Rockybru bertanya:

Then I read the bit about an Indian witness' account of these Malay samsengs beating up an Indian boy. You know what's the best thing about it: the samsengs were wearing t-shirts bearing "BN and Umno logos". Haha.


Imagine a picture of masked bank robbers wearing t-shirts printed with their Facebook profile pics! LOL!


I mean, if you want to insult the intelligence of the 3.3 million Umno members and 7 million BN cronies, you'd have to do better than that lah.


KOMEN PANTAI REPORTER: Dalam keadaan negara sedang menghadapi cabaran global jangan lah buat buat timbulkan kecoh, kalau nak kecoh, kasi kecoh betul betul, biar senang polis tangkap. tak kira lah siapa yang buat kecoh....makan tak habis nanti....



Sunday 15 January 2012

Prof Aziz Bari belasah Nik Aziz dan Hadi Awang

Entah kenapa, mongkin terkena angin sono bolo....yang pastinya Jawa pandai bernama Professor Aziz Bari yang terkenal dengan kritikan lantang terhadap Kerajaan persekutuan dah menerkam batang tengkuk Nik Aziz dan Hadi Awang pulak.

Mungkinkah Aziz Bari sudah berubah hati, seperti Datuk Hassan Ali dan kini berdiam dalam duka seperti bekas timbalan presiden, PAS Nasharudin Mat Isa?

Sila baca wawancara yang diberi oleh Aziz Bari di bawah ini;

Atas pandangan Prof Abdul Aziz itu, maka bukan sahaja Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu letak jawatan kerana gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak, malah termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana, menurut penganalisa politik berbanding Abdul Hadi, Nik Aziz lebih menjejaskan perjuangan partI dan menjatuhkan kredIbiliti parti.

Selain isu penyelewengan ladang rakyat, Nik Aziz juga dilihat gagal menyelesaikan masalah bekalan air untuk rakyat Kelantan biarpun 20 tahun Pas memerintah.

"Lebih memeritkan Pas, sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas dilihat merosot dalam dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan Galas," katanya.

Di Manek Urai Pas menang dengan hanya peroleh 65 undi majoriti sahaja manakala di Galas Barisan Nasional (BN) menang 1,190 undi majoriti.

"Ia satu perkara memalukan untuk Pas Kelantan kerana Nik Aziz adalah Menteri Besarnya tetapi boleh tewas di negeri sendirI dan merosot undian terhadap calon parti yang mentadbir Kelantan," kata penganalisa itu.

Justeru, Nik Aziz juga perlu meletak jawatannya kerana beliau sudah menjadi liabiliti dan gagal melaksanakan tugas penting parti, katanya.

Malahan Prof Abdul Aziz menyifatkan jika pemimpin Pas enggan berbuat demikian maka Pas mengamalkan satu politik yang mundur dan bercanggah dengan perjuangan demokrasi yang dilaungkan parti itu selama ini.

PANASS! Hassan Ali adakan sidang media pagi ini


Mantan pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Datuk Hassan Ali sudahpun memulakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail dan ramai telah menjangka beberapa personaliti penting mungkin akan berada di sisi beliau.

Ikuti perkembangan terkini sidang media tersebut di sini. 

Wednesday 11 January 2012

Penduduk Hong Kong tiggal dalam sangkar



  • 100,000 dianggarkan tinggal di dalam sangkar 6x2 kaki
  • Sewa sangkar USD200 sebulan
  • Hong Kong mempunyai lebih banyak kedai LV dari Paris



Hong Kong dikatakan antara bandaraya terkaya di dunia dan merupakan pusat kewangan antarabangsa yang pesat membangun.

Kegilaan orang Hong Kong kini ialah mempamirkan patung yang dibuat dari emas padu bernilai dari beratus ribu dolar hingga berjuta, dan banyak kedai yang menjual simbol status terbaru kota ini.

Malangnya Masyarakat yang begitu kaya dan kerajaan yang begitu banyak kutipan cukai tidak mampu menyelesaikan masalah perumahan rakyat termiskin.

Dulu mereka ini semua tinggal di dalam kota tembok di Kowloon yang terkenal sebagai tempat penghasilan barangan murah dengan menggaji mereka yang termiskin pada kadar yang tidak kurang dari penghambaan.

Setelah kota tembok Kowloon dirobohkan di akhir tahun 1990an, kini mereka yang dulunya tinggal di tempat tersebut terpaksa mencari tempat tinggal baru dan ramai yang terpaksa mencari ketenangan dalam sangkar dawai bersaiz 6x2 kaki.

Akhbar tabloid British, The Daily Mail memaparkan kisah penduduk Sangkar Kowloon, sila turuti loncatan untuk membaca cerita yang menyayat hati ini dan melihat lebih banyak gambar gambar yang menyedihkan di SINI