![]() |
Barisan khemah yang didirikan kelihatan lengang, ini jauh berbeza dari tahap sokongan yang mereka terima setahun yang lalu. kata pepatah, seminggu ialah masa yang amat panjang dalam politik, apatah lagi setahun - Gambar dari Suara Razlan |
- Jangkaan penganjur 5,000 hadir, meleset teruk
- Nurul Izzah guna twitter menuduh program disabotaj, banner dan poster dipotong, katanya
- Hadirin perli RM2 dalam Angpow
Lazimnya program Anwar Ibrahim dihadiri ribuan penyokong, yang datang dari dekat dan jauh tetapi pada hari Wilayah yang baru melalu, Anwar sekadar menjadi tumpuan 300 orang di pentas yang dibina di kawasan Parlimen anakanda tercinta, Nurul Izzah di Pantai Dalam.
![]() |
Anwar jelas rasa tergugat dengan tahap sokongan yang merosot di seluruh negara ketika beliau turun padang membela diri di mahkamah rakyat menentang tuduhan liwat dan rasuah yang semakin meruncing. |
Malah pengajur telah mendirikan 10 khemah besar untuk tempat hadhirin berteduh namuh.
Segala jentera parti telah dikerahkan untuk mencapai sasaran ini dan lebih 10,000 kad jemputan telah disebarkan.
Selain dari Anwar sendiri, enarai penceramah termasuklah nama besar seperti Tian Chua, N Surendran dan Nurul Izzah.
![]() |
Anwar dikatakan amat kecewa dengan anakanda kesayangan, Nurul Izzah kerana jelas sokongan rakyat kepada Pakatan dan PKR khususnya telah merudum. |
Terbukti jangkaan mereka tersasar jauh dan di malam yang dijanjikan kurang 10 peratus dari yang diharapkan terpacak di bawah khemah.
Malah lebih memalukan apabila ada pula yang memerli Anwar kerana memberi Angpow sebanyak RM2, yang dirasakan menghina kerana seluruh kepimpinan PKR kerap ke program luar negara dengan semuanya menikmati layanan kelas pertama.
![]() |
Lawatan ke Brickfields dijangka men- dapat sambutan lebih 3,000 orang te- tapi hanya 300 yang datang. |
Para penduduk juga mulai bercakap tentang prestasi Nurul Izzah sendiri yang lebih kerap muncul di London, Jakarta dan tempat tempat lain dari di kawasan Parlimen sendiri.
Untuk membaca perspektif lengkap Berita Lembah Pantai, sila klik di SINI Untuk terus ke Suara Razlan, klik di SINI
janglah tipu tak baik aku tengok ramai tu ...
ReplyDeletetak pun ini mesti gambar persiapan tempat sebelum program.