Wednesday, 29 February 2012

Kes Eryka Badu: Akhbar Star gantung dua pengarang kanan


Setelah beberapa kali dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia, Akhbar The Star akhirnya menggantung dua pengarang kanan dan melantik deua pengarang bersekutu (Associate Editor) yang ebragama Islam untuk menasihati akhbar tersebut mengenai sensitiviti agama Allah.

Penggantungan ini dibuat setelah akhbar tersebut menyiarkan gambar Erykah Badu dengan tulisan nama Allah di dada, gambar tersebut diambil sebagai sebahagian bahan promosi penyanyi terkenal tersebut tetapi pihak penganjur konsert telah membuang tulisan nama Allah dari semua poster promosi.

Entah kenapa pihak Akhbar star membuat keputusan untuk menyiarkan gambar asal dan bukan poster yang sudah diedit oleh penganjur konsert, Pineapple Concert. Pengarah Pineapple Concert ialah Razman Razali - sudah tentu dia sedar sensitiviti umat Islam dan sebab itulah nama Allah telah dibuang dari poster konsert.

Pengarang kanan yang digantung ialah Pengarang Kanan Star2, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Pengarang Features Daryl Goh. Penggantungan mereka tidak mempunayi tarikh tamat yang tetap.

Pengarang bersekutu beragama Islam yang dilantik oleh Star ialah Rozaid Rahman dan Shah Dadameah.



Tiga Surat Dr Mahathir kepada PM Israel




a) The following is the letter written by Dr Mahathir to Yitzhak Rabin, Prime Minister of Israel in 1993, as released by the Foreign Ministry here today.
Prime Minister Malaysia
December 21, 1993
His Excellency
Mr Yitzhak Rabin
Prime Minister of Israel
Jerusalem
I would like to thank you for your letter of 17 October informing me about the Agreement of Principles and Mutual Recognition between Israel and the PLO.
My government supports this positive development and views it as a first step towards the realization of a comprehensive solution to the Middle East problem. As a demonstration of Malaysia’s support to this development my country was represented at the Donor’s Conference to support The Middle East Peace held in Washington and subsequently pledged a modest financial contribution to the Palestinians to assist in their new tasks. My government has also offered the Palestinians technical assistance under the Malaysian Technical Cooperation Programme.
Malaysia as a matter of general principle is prepared to develop relations with Israel at the appropriate time. In the meantime, we would like to see tangible progress in the implementation of the peace agreement.
The Middle East problem particularly the Palestinian issue has been a cause of instability to the region and I hope the recent agreement between Israel and PLO would contribute to lasting peace to the area.
* I look forward to normal relations with Israel. (*This last sentence is handwritten)
Dr Mahathir bin Mohamad

dua lagi surat selepas loncatan


Wednesday, 22 February 2012

Nik Aziz pahe doh, Anwar pahe dok?

Semalam ketua umum PKR, DS Anwar Ibrahim bertemu dengan Mursyidul Am PAS, DS Nik Aziz Nik Mat dan selepas pertemuan tertutup tersebut maka keluar lah Anwar dengan berkata"


“Akhirnya saya bagi tahu, saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu.
“Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, ” katanya .

Ini video Anwar berkata kata...Sila tengok masa 3:10, bagaimana Anwar tidak mahu menjawab soalan yang tidak disukai...





Kita tak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan tersebut, tetapi di bawah ini adalah kenyataan Nik Aziz sendiri mengenai pertemuan tersebut.

Sila baca sendiri kenyataan Nik Aziz, jelas PAS tidak menerima penjelasan Anwar dengan dada terbuka dan telah menyatakan terpulanglah pada Anwar untuk menerima pendirian PAS..


Sendiri lah faham ye...

Dan juga..ini kenyataan pemimpin Palestin, Hamas, PM Haniyeh dan kenyataan beliau kepada rakyat Iran....cuba baca...sama ke dengan keyataan Anwar


Tuesday, 21 February 2012

Surat menjawab Dr Maszlee Malik


Saya ingin merujuk pada tulisan Dr. di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/189406) yang bertarikh 17 Februari 2012. Dalam tulisan tersebut, Dr. membuat satu surat terbuka pada Datuk Maslan yang bertindak mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Tulisan Dr. nyata penuh dengan istilah-istilah besar demokrasi yang pasti dikagumi oleh orang yang membacanya. Jadi izinkan saya juga menulis satu surat terbuka pada anda. Tulisan saya bukan untuk menjawab bagi pihak Datuk Maslan, kerana saya yakin beliau lebih berkemampuan untuk menjawab atas kapasiti beliau sendiri. Cuma, tulisan saya ini adalah dasar terkilannya saya melihat corak penulisan Dr. sebagai seorang ahli akademik yang ternyata amat bias dan penuh dengan percanggahan fakta dan hujah.


Menurut anda, ‘Buku Jingga’ yang dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat merupakan sebahagian dari pengamal domokrasi yang adil dan tatakelola yang baik. Persoalannya adakah sesiapa yang menyekat Pakatan Rakyat dari menerbit dan menyebarkan ‘Buku Jingga’ mereka? Kalau ada sila kemulakan. Sekiranya Pakatan berhak menerbitkan ‘Buku Jingga’ apakah kita sebagai rakyat tidak berhak menolaknya, terutama apabila kita mengkaji isi kandungannya, kita merasakan ia satu idea propaganda yang lebih bersifat retorik dan tidak berpijak dibumi yang nyata? Apakah Datuk Ahmad Maslan tidak mempunyai hak sebagai salah seorang pengamal demokrasi untuk menolak ‘Buku Jingga’ bila beliau merasakan ia tidak lain merupakan satu propaganda murahan yang tidak praktikal untuk dilaksanakan? Dan apakah kita rakyat jelata tidak boleh mendengar pandangan yang tidak bersetuju dengan isi kandungan ‘Buku Jingga’ yang diutarakan oleh Datuk Maslan? Tindakkan Datuk Maslan membuang buku jingga hanyalah satu bentuk ekspresi untuk menguatkan hujah beliau bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ adalah ‘tidak boleh pakai’. Apakah mengkritik dan menolak ‘Buku Jingga’ bererti kita ini sudah tidak demokrasi dan menyekat kebebasan maklumat? Jadi nampaknya kebebasan maklumat yang dilaung-laungkan Dr. juga sekadar satu retorik yang pada pendapat saya bersikap bias terhadap usaha propaganda pembangkang.

untuk membaca selebih surat ini sila klik di SINI

PAS Dicabar Dr Sobri Sudin

Sape Sobri Sudin ni? Boleh pakai ke cerita dia ni?

Monday, 20 February 2012

Moga Bersih dan terbuka

Ini gambar seorang penyokong Bersih menerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Takde diskriminasi, takde gaduh, Pakcik pun senyum terima. Kalau takut haram atau was was, sedekah kan ajelah pada Masjid ke Rumah Anak Yatim.

Apa maksudnya bila Najib digelar hipokrit oleh ketua hipokrit?

Media Barat sudah lama dikenali sebagai juara hipokrit dunia, menyebelahi pihak barat, tak kira samada pendirian mereka betul ataupun tidak.

Malaysia diserang kerana membangunkan industri minyak sawit, kononnya ini merosakkan hutan hujan tropika dan kita tidak dibenarkan menebang sebarang pokok tanpa kebenaran pihak barat.

Dulu pihak British menebang hutan kita untuk menanam getah untuk empayar mereka dan ditarah semua tanah yang dijumpai bijih timah dei untuk merompak kekayaan negara ini, dan kini mereka telah kaya, pandai pulak nak mengajar kita macamana untuk menjaga alam sekitar.

danb kini akhbar Independent dari UK mamanggil DS Najib sebagai ketua hipokrit kerana FBC, syarikat PR yang digaji oleh Kerajaan Malaysia berjaya menempatkan pelbagai dokumentari yang menyatakan pandangan kita tentang pelbagai isu, termasuk industri minyak sawit dan pembalakan di negara ini.

Tanpa usaha ini tidak mungkin pandangan kita akan diberi ruang, dan yang peliknya, walaupun mereka tidak nampak apa apa kesilapan fakta dalam paparan dokumentari yang ditayangkan oleh BBC, mereka tetap marah.

Sebenarnya mereka marah kerana kita telah berjaya mematahkan hujan imperailistik mereka dan ini sedikit sebanyak telah merosakkan agenda globalis mereka.

Dalam agenda globalis dan eugenist yang kini popular di kalangan kapitalis Barat hanya mereka sahaja yang boleh membangun dan maju dan kita ini semua dianggap sebagai hamba untuk mereka memerah kudrat dan menambah kekayaan.

Keadaan inilah yang telah menyebabkan pelbagai protes tentang globalism yang meletus setiap kali kumpulan negara kaya G7 berkumpul untuk menetapkan polisi opresif mereka.

Kita sepatutnya bagga yang pihak akhbar British begitu marah dengan Malaysia dan Kerajaan DS Najib kerana berjaya mengenengahkan pendapat kita melalui saluran media yang paling dipercayai di Britain, BBC.

Mulai hari ini DS Najib sepatutnya bangga dan mengingatkan kita bagaimana pihak Barat sedang terus mencuba untuk menindas kita secara ekonomi dan mendominasi dunia melalui hipokrisi falsafah politik demokrasi mereka.

Amerika kini diiktiraf sebagai salah satu negara dimana semangat demokrasi sudah padam dan ianya dipadamkan dengan sengaja oleh pihak Media yang sengaja menumpulkan minda rakyat negara tersebut dengan memberi mereka isu remeh untuk difikirkan ketika pemilihan wakil dan presiden.

Pihak pembangkang bertanya apakan kebaikan yang diterima oleh Rakyat Malaysia dengan usaha FBC ini; Jawapannya sungguh mudah, Industri sawit Malaysia terus menikmati harga pasaran yang baik dan kini semakin kurang menerima halangan dari negara Barat hasil dari penyiaran dokumentari mengenainya.

Berapa juta warga Felda yang berterima kasih dengan harga sawit yang baik dan pasran yang semakin besar? Berapa juta lagi mereka yang bekerja dengan syarikat perladangan swasta yang berterima kasih dengan keadaan ini?





Chua Jui Meng punca keretakan Pakatan di Johor?

Chua Jui Meng, seorang ahli politik MCA yang meninggalkan Barisan Nasional akibat tidak diberi peluang bertanding lagi setelah beberapa penggal menjadi wakil rakyat dan menteri.

Rata-rata Chua Jui Meng dianggap sebagai seorang ahli politik lampau yang tidak lagi relevan dengan lanskap sosial sekarang. Namun dengan melompat ke PKR beliau berharap akan dapat menghirup nafas politik baru.

Di belakang tabir, Chua telah menyatakan hasrat untuk bertanding semula di Bakri tetapi ini kawasan tradisional DAP dan Lim Guan Eng telah menyatakan yang mereka tidak akan memberikan kerusi itu kepada PKR.

Di bawah ialah Ini laporan Star mengenai keretakan Pakatan di Johor

Jui Meng under scrutiny


WHEN Datuk Chua Jui Meng sent out feelers that he wanted to contest the Bakri parliamentary seat, he did not expect DAP secretary-general Lim Guan Eng to shoot down the idea.
The Penang Chief Minister was widely reported by the Chinese media as telling him that the seat belonged to DAP and Chua, the five-term MP, had to back off. In a face-saving reaction, Chua denied he had eyed his former constituency, saying he would leave seat allocation to the Pakatan Rakyat leadership.

Sunday, 19 February 2012

VIDEO: Tun Mahathir mahu lebih ramai Mat Sabu

Terkenal dengan komen sinis yang menusuk kalbu, Mantan Perdana Menteri berkata dia mahu lebih ramai Mat Sabu untuk pihak pembangkang.

Kata Mahathir, cara kasar dan kata kata kesat Mat Sabu mungkin sedap di telinga penyokong tegar PAS tetapi ianya menjadi nanah di telinga pengundi atas pagar.

Kata beliau, sikap Mat Sabu yang suka menyalahkan pihak keselamatan termasuk Polis dan Tentera juga menyebabkan anggota beruniform marah dengan timbalan presiden PAS itu.

Pada firasat Mahathir, pengundi mungkin memangkah BN keana marah sangat kepada Mat Sabu. Sila tonton video selepas loncatan untuk mendengar sendiri apa yang Tun Mahathir katakan.

Khalid Ibrahim mahu bukti seleweng pasir

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu Datuk Noh Omar tampil memberikan bukti penyelewengan industri pasir oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta S/B.

Dalam seminggu ini, dunia siber makin meletop dengan kisha penyelewengan Pasir di Selangor bermula dengan pendedahan yang dibuat oleh blogger penyokogn tegar Pakatan, Raja Petra Kamaruddin bahawa dia mengetahui tentang penyelewengan pasir di Selangor sejak 2009.

Berita ini telah disambut oleh media massa dan juga ahli politik Umno yang sedang merangka strategi untuk memenangi negeri Selangor.

Noh Omar antara pemimpin Umno yang paling kritis tentang kes seleweng pasir di Selangor.

Nampaknya peperangan untuk negeri paling maju di Tanah Melayu akan menjadi hangat dan hebat...harap harap jangan hangit dah ler.

Siapa pecahkan cermin kereta DS Anwar Ibrahim?


Katanya kejadian ini berlaku di Sembrong, kawasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein...sudah tentu pihak polis takkan memalukan boss mereka kalau mereka tak tahu siapa yang buat.

Harap harap bukan perbuatan sendiri ataupun perbuatan kawan kawan yang mahu dituduh ke pihak lawan, Orang Malaysia dah jemu dengan permainan sebegini dari dua dua belah pihak



Saturday, 18 February 2012

Saifuddin: Pakatan mahu berkongski kekayaan negara di luar penyokong BN

Rata rata para penyokong Pakatan mengatakan sekiranya mereka berkuasa di Putrajaya kekayaan negara akan dikongsikan diluar lingkungan penyokong Barisan Nasional.

Walaupun dalam senarai 20 orang terkaya di Malaysia terdapat hanya tiga Melayu, mereka teruk menuduh bahawa Umno hanya mengkayakan penyokong mereka sahaja.

Untuk membuktikan mereka serius, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah berusaha untuk mendapatkan kontrak pasir kepada syarikat yang bukan kroni Umno, tapi kroni diri beliau sendiri


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan sokongan bertulis terhadap sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, desas-desus mengenai isu itu kini bertiup kencang terutama selepas berlaku pendedahan penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd.
Beliau berkata, seperti mana isu Double Dignity, Saifuddin didakwa telah memberi sokongan kepada syarikat yang beliau sendiri dikatakan ada kepentingan.
“Tugas Saifuddin dalam isu yang dikatakan melibatkan dirinya itu mudah sahaja. Beliau perlu menjawab ya ataupun tidak. Jika benar katakan ya dan jika bukan katakan tidak.
“Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai pembabitan Saifuddin dalam memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat untuk tujuan perlombongan pasir seperti mana isu yang dihadapi oleh syarikat Double Dignity.
Isu mengenai pembabitan pemimpin PKR di dalam syarikat melombong pasir mula tercetus apabila pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Amiruddin dan Shuhaimi terlibat dalam skandal rasuah pasir di Selangor pada 9 Februari lalu.
Raja Petra turut mendakwa kedua-dua ADUN tersebut telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat baru yang dikenali sebagai Double Dignity iaitu sebuah syarikat yang terbabit dengan industri melombong pasir di Selangor.
Anuar berkata, sebagai seorang pemimpin yang telus dan bertanggungjawab, Saifuddin tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran mengenai spekulasi tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan Anuar berkata, sekiranya Saifuddin mengakui yang beliau ada memberi sokongan bertulis kepada syarikat terlibat, Setiausaha Agung PKR itu perlu cermin terlebih dahulu dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.


Sharizat tak bersalah menurut Komiti Disiplin DAP

Komiti DAP telah bersidang untuk menentukan samada terdapat kes salah laku atau rasuah, atau salah guna kuasa sekiranya sebuah syarikat milik pasangan seorang ahli politik mendapat sebarang kontrak kerajaan dan keputusannya:


"It is the DC's opinion that in the case of awarding contracts, the mere existence of a relationship between the parties concerned is not sufficient to constitute a wrongdoing meriting an actionable complaint.

Terjemahannya, " Pihak DC berpendapat bahawa dalam kes pemberian kkontrak, hubungan antara p

Pendapat ini telah digunakan untuk melepaskan bekas Exco negeri Perak, Nga Kor Ming dari sebarang kesalahan apabila didedahkan bahawa isterinya adalah pemilik Ethan and Elton, sebuah kedai jahit yang telah memasuki tender membuat sut bagi Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh.

Dalam kes NFC yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suaminya, tidak ada pihak yang tampil untuk memberi bukti bahawa Shahrizat telah memberi sebarang tekanan ataupun berusaha untuk menjayakan cadangan suaminya untuk pinjaman tersebut.

Mengikut piawai tingkah laku yang dikeluarkan oleh komiti disiplin DAP,  bagi melepaskan Nga,  Pengerusi Komiti Disipli DAP, Tan Kok Wai berkata: "There must be some evidence to show that one has exerted influence on the subject matter or towards the decision-maker to allow an interested party to unduly benefit, which is not available in this complaint,"

Terjemahannya: Wajib ada bukti menunjukkan bahawa beliau telah menggunakan pengaruh dalam hal berkenaan ataupun memberi tekanan kepada pihak yang membuat keputusan  bagi membolehkan pihak yang berkepentingan mendapat kelebihan, dan tiada bukti tersebut dalam kes ini.

Soalannya, mengapa dalam menilai kes Nga, mereka memerlukan bukti bahawa Nga menggunakan pengaruh bagi mendapatkan kotrak tapi dalah kes Shahrizat sudah cukup sekadar ada hubungan antara pemilik NFC dan Shahrizat.

Sudah tentu pihak DAP mahu standard bukti yang sama digunakan terhadap semua pihak dan semua tuduhan.

Jika kita menurut standard atau piawai yang digunapakai oleh Komiti Disiplin DAP, maka Shahrizat wajiblah didapati tidak bersalah, tak kiralah samad awang digunakan untuk membeli Kondo ke, cicin berlian ke kereta ke kapal terbang ke roket ke.



Nga Cleared Of Power Abuse In Lounge Suit Tender Case

KUALA LUMPUR, Feb 16 -- Pantai Remis assemblyman Nga Kor Ming who was alleged of have abused his power in a lounge suit contract when he was an Ipoh City (MBI) councillor, has been cleared of any wrongdoing.

DAP Disciplinary Committee (DC) chairman Tan Kok Wai said following investigation, the committee found that the issue of power abuse by Nga did not arise as there was no evidence to show that he had exerted any influence or pressure towards awarding the RM14,400 lounge suit contract to Ethan & Elton, a tailoring company co-owned by Nga's wife, Wong Seow Ching.

"It is the DC's opinion that in the case of awarding contracts, the mere existence of a relationship between the parties concerned is not sufficient to constitute a wrongdoing meriting an actionable complaint.

"There must be some evidence to show that one has exerted influence on the subject matter or towards the decision-maker to allow an interested party to unduly benefit, which is not available in this complaint," he told a news conference after chairing the three-hour hearing at the DAP head office here, Thursday.

He said the testimonials from three former MBI councillors who were also former Tender Board members, namely Frankie Wong and Simon Ng from DAP and Khairuddin Abd Malik (Pas), showed that they were not aware that Nga's wife is a partner of the company.

Nik Aziz: Anwar sokong Israel mewakili PKR, bukan PAS


  • Sokongan Anwar sokong Israel bertentang dengan pendirian PAS, tapi Mursyidul Am  berkata itu tak menjadi masalah

KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat menn rundingan serta kerjasama dengan Israel - UM.

VIDEO menarik dari Speaker's corner in Penang

Macam macam punay manusia muncul, tengok lah sendiri dan fikirkan, ini luahan rakyat biasa dan juga aktivis politik tempatan


Gambar tulip di Holland


Diskaun RM50 menjadi isu besar di Pulau Pinang


Penjualan tanah super premium di kawasan Bayan Mutiara  pada harga RM240/kaki persegi dikatakan jauh lebih murah daripada harga pasaran yang dikatan melebihi RM300 setiap kaki persegi.

Seperti juga semua kes lain ada dua versi berlainan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan sebarang salah guna kuasa, katanya penilaian rasmi tanah tersebut adalah pada RM65 dan pihak kerajaan negeri telah menjualnya pada harga empat kali ganda lebih tinggi.

Tetapi ada seorang jurublog, Pure Shiite aka SatD telah menghasilkan satu tesis untuk menerangkan situasi tersebut, kalau rajin ikut loncatan dan bacalah sendiri penerangan yang panjang lebar ini, moga moga kebenaran mula menjelma. Artikel dalam Bahasa Inggeris ya...

Friday, 17 February 2012

Cina tokey lori tanah kata iman dia kuat dari Hassan Ali, betul ke



Kalau nak tengok tatooine (Star Wars), pergi ke Tunisia

Ini gambar Mos Espa hari ini, dalam cerita Star Wars rupanya seperti di bawah

rupa rupanya George Lucas telah ke Tunisia dan membina pelbagai bangunan untuk Star Wars dan semuanya masih berdiri tegak hingga ke hari ini.

Kalau nak tengok gambar dan tahu dimana semua bangunan ini sila klik link di SINI

Akhbar Jerusalem Post puji Anwar


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.

Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam.

VIDEO: Rasa bersalah makan ibu, Rimau Bintang jaga anak cimpanzi

Video ini sungguh menyayat hati, haiwan menunjukkan kasih sayang antara spesis, kita antara manusia pun ada perangai lebih dari jembalang

Thursday, 16 February 2012

Patutkan Malaysia berhenti berdagang dengan Israel?

Memang mudah untuk kita mengutuk sebarang hubungan antara Malaysia dan Israel, samada ianya hubungan politik, ,diplomatik ataupun dagangan. Hakikatnya duni kini dikuasai oleh korporat global yang beroperasi di pelbagai negara dan ada masanya mereka menghasilkan komponen di satu negara dan barangan siap di satu tempat lain.

Dari segi pembayaran pula kita mungkin tidak mahu mengalirkan wang dari Malaysia ke satu negara lain bagi tujuan mengawal rizab asing kita dan juga untuk memastikan sistem kewangan kita terlindung dan terus kukuh,

Contohnya kita membeli berbilion peralatan tentera dan ianya dibayar dengan pertukaran minyak sawit dan komoditi lain.

Ada bloggers anti-umno kini mempersoalkan penjualan minyak sawit kepada Israel dan terbaru mereka menunjukkan gambar dua kapal dari ZIM Lines iaitu ZIM Atlantic dan ZIM USA berada di pelabuhan Klang.

Menurut blog tersebut, kedua dua kapal ini singgah di Pelabuhan Kelang terus dari Pelabuhan Haifa di Israel (sila lihat jadual kapa di bawah)

ZIM ialah salah satu syaikat perkapalan terbesar di dunia dan 98 peratus saham syarikat ini dimiliki oleh Israel Corporation - ini sudah tentu boleh dijadikan modal politik dan sudah tentu kerajaan Malaysia boleh memberhentikan hak zyarikat ZIM untuk singgah di Pelabuhan Klang tetapi ini akan hanya memberi lebih bisnes kepada Singapura.

Cuba kit alihat jadual dua kapal yang dikatakan datang terus dari Israel ke Pelabuhan Klang ini.

Jadual ZIM Atlantic (Singgah di Ashdod selepas Haifa)

Jadual ZIM USA - Dari Haifa singgah di Mundra (India) dan Colombo (Sri Lanka) sebelum ke Port Klang 

Kedua dua kapal ini bergerak ke pelbagai pelabuhan besar dan juga berhenti di negara membangun dan ini membantu perdagangan Malaysia dengan semua negara yang terbabit kerana jika ada kapal yang datang ke Pelabuhan Klang maka mudahlah untuk mereka berjual beli dengan Malaysia.

Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu berdagang dengan kapal Israel, biarlah apa pun yang terjadi. Itu adalah keputusan yang perlu dibuat oleh Rakyat Malaysia secara kolektif.

Antara industri yang banayak berdagang dengan Israel ialah industri elektronik.

Disini ada sedikit statistik dagangan Israel-Malaysia antara tahun 2000 dan 2001 menurut website Israel Asia Centre.

Menurut website ini, Intel Corporation Israel mengekspot cip komputer separa siap bernilai USD600-700 juta ke kilang Intel di Penang dan Kulim untuk disempurnakan.

Syarikat elektronik besar terus bertapak di Israel dan kita mahu menjadi sebahagian dari rangkaian nilai industri elektronik. Kita harus membuat keputusan smaada mahu menutup semua kilan elektronik antarabangsa kerana memang ada kemungkinan merkea akan mengimpot komponen dari Israel.

Ini semua adalah persoalan berat yang perlu kita jawab jika kita mahu menghentikan dagangn mengalir antara syarikat yang berada di Israel dan cawangan mereka di Malaysia. Kalau kti setuju untuk menghentikan semua dagangan, samada melalui pihak ketiga ataupun secara terus.







Main pool atas kapal, guna meja gyroskop - kool giler

Kapal mana tak dilambung ombak kan? tapi kalau penumpang nak main pool, macamana? sure bola bergerak sendiri ikut ombak ye tak? Kalau ada meja gyro macam ni, tak de lah goyang...

Apa hubungan empat gambar ini?

Lim Guan Eng
Bisness Class Singapore Airlines
Hotel EUR2,000/malam
...

kalau nak tahu berita hangat ini sila klik di SINI

Tuesday, 14 February 2012

Malaysia berhenti ekspot minyak swit ke Iran kerana ikut telunjuk zionis?


Itulah tuduhan pemuda PKR, Chegubard. Dia meletakkan imej di bawah ini sebagai bukti menyokong kenyataan tersebut. Mari kita cuba baca sedutan rencana dari ajensi berita Reuters ini dengan teliti.

Dalam para pertama  lagi sudah dikatakan, kalau boleh saya terjemahkan.

(Reuters) Pengekspot Minyak Kelapa Sawit Malaysia telah menghentikan penghantaran lebih kurang 30,000 tan bahan masakan utama yang dibeli oleh Iran setiap bulan, ini merupakan separuh dari keperluan munyak masak tempatan di negara Timur Tengah ini , kerana sekatan kewangan keatas Iran telah menghalang proses pembayaran bagi transaksi antarabangsa ini.

Jelas dari laporan ini bahawa keputusan untuk berhenti mengekspot komoditi penting negara ini adalah disebabkan masalah pembayaran yang timbul dari sekatan kewangan ke atas Iran.

kalau pembekal tak dibayar, sudah tentu mereka tidak akan menghantar bahan tersebut... bengkrap lah camtu....

Mungkin kita juge perlu mengajar  ekonomi dan asa perakaunan dalam bahasa Inggeris agar anak muda mampu memahami berita ekonomi dunia dan tidak mudah terkeliru.

Dr Ridhuan Tee: Sampul putih bukan masalah


Dari Sinar Harian
Tahun Baru Cina yang telah berakhir minggu lalu, mungkin telah meninggalkan ‘kenangan pahit’ buat pertubuhan Perkasa pimpinan Dato’ Ibrahim Ali. Niat murni mereka mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina telah dipertikaikan dan dipolitikkan. Isu warna paket wang yang diistilah sebagai angpau putih atau lebih tepat disebut, pekkim (paket putih) yang diedarkan ketika mengadakan Rumah Terbuka tersebut, diperbesarkan segelintir orang hina sehingga menjadi masalah negara. Wal hal sebenarnya isu ini amatlah kecil. Tindakan yang jika disengajakan pun, saya tidak nampak di manakah salahnya? Isu hanya berligar di sekitar warna.

Sedangkan niat murni mereka mengadakan majlis tersebut dan niat bersedekah, memberikan wang menggunakan ‘angpau putih’ tersebut angsung tidak dihargai. Saya masih tercari-cari di manakah angpau putih yang dimaksudkan itu, kerana ia tidak wujud dalam erti kata sebenar? Angpau bermakna paket merah, manakala pekpau (pekkim) adalah paket putih, jika digabung dua istilah ini sebagaimana yang dipolitikkan bermakna angpau putih, iaitu paket merah putih. Di manakah paket itu sebenarnya? Rata-rata yang diedarkan adalah paket putih, tidak ada paket merah putih.

Antara pelacur dan pari pari


Pemberita ‘pelacur’, pemberita pari-pari


by Helen Ang


Para penyokong Pakatan asyik mencemuh wartawan-wartawan Malaysia sebagai pengamal media yang sanggup menjual tubuh kepada parti pemerintah.

Pengikut-pengikut Pakatan tersebut ibarat kuih yang mengikut bentuk acuan. Baru-baru ini, ketua publisiti pilihan raya DAP Hew Kuan Yau melabel wartawan sebagai “pelacur”.

Pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai pula menyokong rakan partinya itu dengan menegaskan ia hakikat.

Manakala wartawan-wartawan yang berpihak kepada pembangkang akan dipuji dan dipuja. Asal pro pembangkang, wartawan itu kira bermaruah. Malaikat.

Penyokong-penyokong Pakatan – termasuk penulis dan blogger sukarelawan yang menggilai Lim Guan Eng dan DAP – juga tidak kurang ghairah menabur fitnah bahawa sesiapa yang bersifat kritis terhadap pembangkang dalam blogosfera mestilah telah dibeli dengan upah berjuta-juta ringgit.

[Berkaitan: Operatif-operatif makan gaji]

Gajah di depan mata – iaitu portal-portal yang kos operasinya mencecah beratus ribu sebulan – terlepas pandang. Hatchet men DAP yang banyak mengomen di alam maya tidak pernah pun bertanya portal-portal pro-pembangkang itu sebenarnya dibiayai oleh siapa.


DAP mahu sorokkan Dong Zong agar orang Melayu alpa?

Dr Yap, Penyokong kuat Dong Zong ditumbuk oleh bekas
pelajar Kolej New Era pada tahun 2009 kerana tidak puas
hati. 
Kumpulan aktivis pendidikan dan kebudayaan Cina, Dong Zong, yang terkenal dengan pendirian mereka mahukan budaya dan bahasa cina diketengahkan dengan lebih hebat sememangnya telah lama dikaitkan dengan parti DAP, walaupun terdapat juga elemen yang bersangkut paut dengan parti politik  Cina lain.

Kini pihak Pakatan, terutama mereka yang memerhatikan gelagat DAP secara dekat sudah mula sedar bahawa mereka tidak mungkin berjaya ke Putrajaya dengan berdampingan terlalu rapat dengan Dong Zong kerana majoriti penduduk negara ini adalah orang Melayu dan sudah tentu orang Melayu tidak mahu budaya dan bahasa Cina sana taraf denan bahasa dan budaya Melayu.

Ini semakin menjadi dilema kepada DAP yang tidak mahu melepaskan Dong Zong tetapi terpaksa bermuka muka dengan ahli Pakatan yang lain iaitu PAS dan PKR yang lebih Malay-centric dari DAP.

Walaupun DAP telah berjaya memujuk PAS untuk percaya bahawa parti Islam itu ialah komponen paling lemah dalam Pakatan, sebenarnya mereka sedar bahawa DAP lah sebenarnya parti paling lemah dan peningkatan kerusi di Parlimen sebenarnya hasil gerak kerja ahli PAS yang turun berduyun untuk berkempen untuk pihak Pakatan.

Hakikatnya ini negara Melayu dan parti cauvanis Cina, tak kira bergelar DAP, MCA atau Gerakan, tak mungkin mendapat kerusi jika tidak diberi sokongan padu oleh PAS atupun Umno.

Mahu tak mahu, DAP sedang memikirkan cara untuk terus rapat dengan ideologi dan perjuangan Dong Zong tanpa memberitahu PAS atau PKR kerana para penasihat Pakatan kini makin risau dengan tindak tanduk DAP yang dikatan menarik pandangan negatif kepada Pembangkan dengan pendedahan gempar yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin berkenaan pembunuhan Datuk Patrick Wong yang berkait dengan industi pasir di Selangor yang kini dikawal oleh gengster.




  

Were the Bangkok bombings part of a false flag operations to justify invasion of Iran?

I would like to say that I thought of this first but the fact is, many American government-skeptics are already looking at this possibility and one of those who suggest that a false flag for Iran is impending is actor Ed Asner.

Here he is interviewed by Libertarian broadcaster Alex Jones. Interesting how they are now openly implicating the Wahabbis as partners of the Globalists.





WARNING GRAPHIC VIDEO: Bangkok bomber moaning after explosion ripped his legs off

WARNING: PLEASE DO NOT CLICK ON THE JUMP TO SEE THE VIDEO BECAUSE IT REALLY GRAPHIC AND MAY DISTURB YOU.


We also have a close-up photo of the man legless and lying on the ground... this is also a gory and shocking photograph please do not proceed with the link if you are sensitive.

Ahli Parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian dibelasah penyokong Pakatan


Sebenarnya dah ramai yang mula sedar, Ahli parlimen Pakatan ni memang pandai bercakap, tapi mereka menumpukan perhatian kepada politik dan berceramah sehingga tak berkhidmat langsung...

Blogger Harris Ibrahim telah membelasah Hee Yang juga Ahli Parlimen kawasan beliau, Harris jelas mahukan wakil baru...


Dalam segmen komen pula ramai yang mula sedar apa yang berlaku, bacalah sendiri



Monday, 13 February 2012

Lima Ketua Bahagian Umno Kelantan mungkin tidak dicalon

Cerita ini dibawa oleh Malaysia Today dan beberapa blog pembangkang dan ini mungkin akan mendatangkan tanda tanya kepada jentera Umno Kelantan.


Ketua-ketua bahagian itu ialah, Abdullah Yassin (Rantau Panjang), Ramzi Abdul Rahman (Kuala Krai), Che Alwi (Pasir Puteh), Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Antara lima ini adakah yang boleh dianggap sebagai 'winnable candidate"?

Kalau tidak, maka ini adalah tindakan yang paling tepat kerana Barisan Nasional perlu membuktikan yang ia benar benar mahu berubah untuk memnangi semula hati rakyat yang semakin hambar terhadap dacing.

muka muka lama yang sudah puas berkhidmat perlu ditukan dengan semangat baru yang masih berkobar kobar untuk meneyelesaikan masalh rakyat dan mencetus wawasan baru bagi Malaysia di zaman penuh cabaran ini.

Mereka yang lama eloklah diberi satu peranan dalam majlis penasihat yang bersidang secara berkala dan sesi persidangan diberikan liputan meluas agar kita dapat memahami apa nasihat yang diberikan oleh mereka yang lebih berpengalaman.

Yang mana memang tak perform tu, pandai pandai lah ye, mana ade makan free dalam dunia ni, eloklah lekas jadi rajin kalau tak nak anak bini kelaparan.

SERAM: Gambar hantu dalam lori


Betulka bekas ketua jurugambar Anwar juga dibunuh?

Salman Nasaruddin ialah bekas ketua jurugambar Anwar dan dia dilaporkan mati beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke 12 , dia dilaporkan dilanggar di depan rumah pada 4 Mac 2008, empat hari sebelum pilihanraya umum berlangsung.

Bapanya Datuk Nasaruddin Jalil merupakan bekas setiausaha sulit Anar dan sering dinamakan sebagai salah seorang proksi Anwar dalam pelbagai syarikat.

Blogger otai, Unspinner bertanya logik kah beliau dilanggar di depan rumah di Seksyen 16 ketika merokok?

Setahu kami jalan utama di Seksyen 16 semua terang berlampu dan jalan lain semua jalan perumahan yang memang orang tak bawa laju....

Mungkinkah Salman ada terjumpa satu maklumat rahsia? Klaau bukan kemalangan, apakah rahsia yang sedang cuba disorok?



Adakah ini angkara... 

Ahmad Said tunggu disaman PAS

Tak takut kena saman ke Mat? 
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan "PAS- Parti Ajaran Sesat' malah bersedia disaman samada di mahkamah sivil ataupun syariah.

Katanya terpulangkah kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS untuk membuat keputusan atas kenyataan beliau.


“Ikut pandai dia lah (terserah pada Pas), saya tunggu (bila Pas akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah. Tapi dia kata kita (BN dan UMNO) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di daerah ini hari ini.

Ahmad diminta mengulas mengenai pendiriannya berhubung desakan Pas agar beliau menarik balik kenyataannya selepas melabelkan Pas ‘parti ajaran sesat’.

Minggu lalu, Pas memberi tempoh tiga hari kepada Ahmad agar menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan ‘parti ajaran sesat’.

Amaran itu dinyatakan Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bahawa sekiranya dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataannya, parti itu akan mengambil tindakan terhadapnya.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti jelas dan nyata, kata beliau, adalah ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah Pas berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” tegasnya.



Tanah Felda Plantations bakal difaraid kan

Inilah laporan gempar Malaysiakini, hasil tulisan penulisnya yang tidak dibenarkan masuk ke dalam satu majlis yang dilangsungkan di Felda dan dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Malaysiakini, memetik kandungan Buku Jingga yang menjadi kitab rujukan utama mazhab pembangkang,  tanah milik Felda Platantions akan diagih agihkan kepada peneroka generasi pertama kedua dan ketiga mengikut kelayakkan masing masing dan ini, kata mereka akan menlenyapkan Felda dari muka bumi bertuah ini.

Ini merupakan tuduhan terbaru dari Malaysiakini dan jika benar, sudah tentu akan dianggap sebagai tidak masuk akal oleh sesiapa saja yang boleh berfikir.

Blogger Duke of Umno menjelaskan betapa gilanya rancangan ini jika dilaksanakan.


Untuk mengetahui cerita penuh pendedahan ini, sila ikut loncatan.

Menurut Duke, dasar-dasar di dalam buku jingga itu semuanya mengarut, termasuklah salah satu dasarnya berkenaan Felda.

Dalam kitab suci Pakatan Haram itu, mereka bertekad untuk melenyapkan Felda dari muka bumi ini, manakala tanah-tanah di bawah “Felda Plantation Sdn Bhd” itu akan difaraidkan di kalangan generasi kedua dan ketiga, serta mereka-mereka yang layak.

Gila ke apa? Pertamanya, Felda Plantation tu mana ada tanah! Yang memiliki tanah Felda ialah Lembaga Felda. Sebab tu FGVH terpaksa sewa tanah Felda tu selepas penyenaraian di Bursa Malaysia nanti. Jadi, macamana mereka nak faraidkan tanah Felda Plantation kalau anak syarikat Felda tu tak memiliki tanah?

Sebenarnya, mereka celaru. Felda Plantation tu hanya menguruskan hal ehwal tanaman peneroka saja. Maksudnya, ia merangkumi penanaman semula, baja, subsidi, jentera dan sebagainya. Lain kali, selidik dulu faktanya sebelum serbu macam tak pakai helmet! Kan dah kena…

Untuk baca cerita sepenuhnya, sila klik SINI


Sendat tapi comel sangat

Ala ala hai...geramnya aku.....sampai lima ekor bersempit.....

NUJ Kesal DAP label wartawan sebagai pelacur


KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kesal dengan kenyataan ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabelkan wartawan sebagai “pelacur”. Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata kesatuan itu juga kesal dengan pendirian pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai yang menyokong dengan menegaskan Hew hanya menyatakan hakikatnya.
Beliau berkata kenyataan Hew telah mencemarkan imej semua wartawan yang bekerja dalam media cetak, elektronik dan online.
"Ini tidak adil kerana beliau memberikan label itu pada semua wartawan, kategori orang yang khusus berkhidmat untuk orang ramai dan mengetengahkan isu-isu kepentingan awam,” katanya.
Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Kuan Yau telah memohon maaf berhubung kontroversi yang timbul berpunca daripada kenyataannya.
Anbalagan berkata, Kuan Yau sepatutnya menyokong kenyataannya itu dengan kes spesifik seperti siapa wartawan itu dan daripada organisasi mana.
"Kuan Yau sepatutnya membuat aduan kepada organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil tanpa mengira wartawan itu adalah seorang eksekutif, petugas biasa, kebanyakannya ialah anggota NUJ, petugas kontrak atau petugas sambilan.
"Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan ke atas Kuan Yau dan Kok Wai kerana sesuatu kebenaran atau fakta mesti disokong dengan bukti dan keterangan.
"Jika tidak, ia berupa dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap wartawan dan profesion itu,” katanya. — BERNAMA

Photo Anwar Ibrahim Bersama Sheikh YusoPhoto Anwar Ibrahim Bersama Sheikh Yusof Al-Qardhawi,Menteri Kebudayaan Qatar Dan Khalid Mashal Pemimpin HAMAS Photo Anwar Ibrahim Bersama Sheikh Yusof Al-Qardhawi,Menteri Kebudayaan Qatar Dan Khalid Mashal Pemimpin HAMAS


by 


Bersama Khalid Mashal Pemimpin HAMAS

Bersama Sheikh Yusof Al-Qardhawi

Bersama Menteri Kebudayaan Qatar H.E Dr.Hamad bin Abdul Aziz bin Ali Al-Kuwari

Sedang Berbincang Bersama Sheikh Yusof Al-Qardhawi

Sunday, 12 February 2012

VIDEO: Kenapa kerajaan jual tanah murah?

Tanah bernilai lebih RM300 sekaki persegi dua tahun dulu dijual RM250 sekaki tahun ini, kenapa>
siap yang buat untung?

Kerajaan negeri Mana yang bertindak merugikan rakyat ini?

Sudahlah begitu, tapak sekolah, masjid dan berhala juga dilenyapkan dari pelan pembangunan kawasan super-prime tersebut.

Adakah rasuah dan kronisma sedang berleluasa di negeri yang disangkakan bersih ini?




Nak tahu apa yang cool? Bacalah

Apa itu kool?

Ada benda yang kita rasa kool tapi orang lain tengok jelek dan sebaliknya.

Untuk orang muda, menentang kehendak ibu bapa dijaja sebagai kool oleh propaganda zionis dan globalis dari Barat jadi inilah yang di imejkan sebagai watak anak muda yang kool.

Kononnya orang muda yang kool menentang mak bapak dan generasi lebih tua kerana generasi lebih tua ketinggalan zaman dan tak tahu apa yang terbaik kini, pendek kata mereka yang tua ni tak kool lah...

jadi berdasarkan premis ini, blogger wakaka tukar tiup mempromosikan anak muda kool dan berani jika bertindak berdemonstrasi dan menentang kerajaan.



Katanya pemuda di Greek berani kerana menentang kerajaan. Dia tahu ke rakyat negara itu tengah merana sekarang akibat demonstrasi tak berhenti henti, dah tukar kerajaan masih tak berhenti berdemonstrasi kerana kerajaan baru nak potong bajet, tak mahu belanja banyak untuk kebajikan dan keperluan asas, nak guna duit lebih untuk bayar balik hutang bank....memanglah, ketua baru dipilih oleh bank, dia jaga kepentingan tuan dia dulu lah... tak reti reti lagi ke?

Tengok di Mesir, dah tukar kerajaan, mengundi dapat kerajaan Islam punt ak berhenti berdemo lagi...

Kalau dulu tak de cerita Kristian kena bunuh atau halau dari Mesir, sekarang dah ada, sama dengan Syria.

Berdemonstrasi ada tempat dan ada ketika dan ada caranya, berdemonstrasi bukan kool sebenarnya berdemonstrasi adalah jauh dari kool, ianya panas, ianya bahaya dan ianya harus dilakukan dengan dipimpin oleh ketua yang panjang akal dan berwawasan jauh...

sekarang ini yang memimpin demonstrasi di timur tengah adalah barat dan mereka memainkan agenda mereka dan bukan agenda Islam dan perpaduan ummah.