Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Sunday, 19 February 2012

Khalid Ibrahim mahu bukti seleweng pasir

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu Datuk Noh Omar tampil memberikan bukti penyelewengan industri pasir oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta S/B.

Dalam seminggu ini, dunia siber makin meletop dengan kisha penyelewengan Pasir di Selangor bermula dengan pendedahan yang dibuat oleh blogger penyokogn tegar Pakatan, Raja Petra Kamaruddin bahawa dia mengetahui tentang penyelewengan pasir di Selangor sejak 2009.

Berita ini telah disambut oleh media massa dan juga ahli politik Umno yang sedang merangka strategi untuk memenangi negeri Selangor.

Noh Omar antara pemimpin Umno yang paling kritis tentang kes seleweng pasir di Selangor.

Nampaknya peperangan untuk negeri paling maju di Tanah Melayu akan menjadi hangat dan hebat...harap harap jangan hangit dah ler.

Saturday, 18 February 2012

Saifuddin: Pakatan mahu berkongski kekayaan negara di luar penyokong BN

Rata rata para penyokong Pakatan mengatakan sekiranya mereka berkuasa di Putrajaya kekayaan negara akan dikongsikan diluar lingkungan penyokong Barisan Nasional.

Walaupun dalam senarai 20 orang terkaya di Malaysia terdapat hanya tiga Melayu, mereka teruk menuduh bahawa Umno hanya mengkayakan penyokong mereka sahaja.

Untuk membuktikan mereka serius, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah berusaha untuk mendapatkan kontrak pasir kepada syarikat yang bukan kroni Umno, tapi kroni diri beliau sendiri


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan sokongan bertulis terhadap sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, desas-desus mengenai isu itu kini bertiup kencang terutama selepas berlaku pendedahan penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd.
Beliau berkata, seperti mana isu Double Dignity, Saifuddin didakwa telah memberi sokongan kepada syarikat yang beliau sendiri dikatakan ada kepentingan.
“Tugas Saifuddin dalam isu yang dikatakan melibatkan dirinya itu mudah sahaja. Beliau perlu menjawab ya ataupun tidak. Jika benar katakan ya dan jika bukan katakan tidak.
“Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai pembabitan Saifuddin dalam memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat untuk tujuan perlombongan pasir seperti mana isu yang dihadapi oleh syarikat Double Dignity.
Isu mengenai pembabitan pemimpin PKR di dalam syarikat melombong pasir mula tercetus apabila pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Amiruddin dan Shuhaimi terlibat dalam skandal rasuah pasir di Selangor pada 9 Februari lalu.
Raja Petra turut mendakwa kedua-dua ADUN tersebut telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat baru yang dikenali sebagai Double Dignity iaitu sebuah syarikat yang terbabit dengan industri melombong pasir di Selangor.
Anuar berkata, sebagai seorang pemimpin yang telus dan bertanggungjawab, Saifuddin tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran mengenai spekulasi tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan Anuar berkata, sekiranya Saifuddin mengakui yang beliau ada memberi sokongan bertulis kepada syarikat terlibat, Setiausaha Agung PKR itu perlu cermin terlebih dahulu dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.


Friday, 10 February 2012

Video: Khir Toyo: - Siapa itu Faekah?

Mantan Menteri Besar Selangor menjelaskan isu air di Selangor, dari penswastaan, penggabungan sistem bekalan air dan juga keperluan pembelian air dari Pahang

Di juga cerita bahawa rancangan Khalid Ibrahim untuk konsolidasi bekalan air sebenarnya sekadar meneruskan rancangan kerajaan sebelum ini


Wednesday, 8 February 2012

GEMPAR!! Datuk Patrick Wong dibunuh kerana pecah lobag rasuah pasir di Selangor - RPK

Ini bukan cerita rekaan saya, ianya adalah cerita yang dipaparkan oleh Blogger pro-Pembangkan, Raja Petra Kamaruddin yang kini berada di London.

Kalau seorang Datuk pun berani dibunuh kerana membocorkan rahsia rasuah di Selangor, inikan pula seorang pembantu peribadi  ADUN Ean Yong, Teoh Beng Hock yang telah memberi kenyataan tanpa dipaksa oleh Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

baca sendiri lah

sebelum tu tengok video ni dulu




Thursday, 26 January 2012

MB Selangor akan baca khutbah Jumaat hari ini...

Sebagai Exco Agama , MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dikhabarkan akan membaca khutbah Jumaat di Masjid Batu 8 Ijok hari ini.

BErita ini dilaporkan oleh Selangor Daily.

Eloklah kalau Exco agama boleh baca khutbah, tapi hukum hakam lain macamana?

Thursday, 22 December 2011

Percaya pada PAS dulu atau PAS sekarang?

Timbalan Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata mana mana ahli yang tidak lagi percaya kepada perjuangan parti harus meninggalkannya. Ini merupakan satu saranan yang tepat dan mudah difahami, seorang ahli menyertai sebuah organisasi kerana bersetuju dengan hala tuju dan perjuangan kumpulan tersebut, jika kita sudah berubah hati maka eloklah kita meninggalkannya.

Walaubagaimanapun, apakah yang patut dilakukan oleh seorang ahli apabila parti atau organisasi itu yang berubah haluan. Patutkan ahli berusaha mengembalikan parti ke haluan asal ataupun mereka patut meninggalkan parti?

Sekiranya semua ahli diberi peluang mengundi akan hala tuju baru, mungkin mereka yang mengundi menentang hala tuju baru patut meninggalkan parti dan membiarkan mereka yang bersetuju untuk kekal berjuang.

Thursday, 17 November 2011

JAIS: Kristian gunakan 8 cara mendakyah pada orang Islam


Sumber Parpukari

Blogger House PK naik angin bila mendengar Exco Agama Negeri Selangor, Datuk Hassan Ali memberitahu dewan bahawa pihak Kristian menggunakan lapan cara untuk mendakyah orang Islam di negeri tersebut.

PK bertanya mengapa pusat zakat tidak membelanjakan wang membantu mereka yang susah dan menutup peluang mubaligh Kristian untuk mendakyah menggunakan wang, makanan dan kemudahan.

Menurut PK: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  'Solar Powered Handheld Talking Bible'.

Wednesday, 7 September 2011

Kerajaan Selangor berhadapan dengan rampasan kuasa?

Menurut sumber dari blog MPP, Kerajaan Selangor yang sudah goyah akibat persaah tidak puas hati di kalangan penjawat awam negeri menjadi lebih meruncing apabila kredibiliti dan populariti mereka menjunam teruk di kalangan orang Melayu dan Umat Islam di negeri tersebut seteah terbongkar kes memurtadkan orang Islam di bulan Ramadhan.

Pendedahan tentang berlakunya majlis berbuka puasa di gereja Metodis Damansara Utama yang disertai 12 orang Islam yang dalam proses dipesongkan akidah telah merobek teruk kredibiliti PAS yang mengaku sebagai pejuang agama Islam di arena politik.