Wednesday 19 October 2011

UiTM sasar lahirkan Melayu pertama penerima hadiah Nobel

ED- Elok lah kalau dah ada wawasan macam ni, harap jangan jadi angan angan Mat Jenin sudah lah. Anak Melayu memang mampu cemerlang tapui jangan dimanjakan sangat dan mesti diberi motivasi yang secukupnya, motivasi ni bukan duit atau kesenangan aje, kesusahan juga motivasi

Sumber Utusan Malaysia

SHAH ALAM 19 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensasarkan untuk melahirkan orang Melayu pertama yang menerima Hadiah Nobel melalui bimbingan serta tunjuk ajar saintis tersohor Pakistan Prof. Dr. Atta-ur-Rahman.

Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau yakin dengan kepakaran yang dimiliki Dr. Atta-ur-Rahman, UiTM mampu merealisasikan impian itu melalui kajian dan pembangunan yang terperinci dalam bidang saintifik.

"Kita yakin dengan kerjasama yang telah dijalin sejak 2005, UiTM mampu mengorak langkah memperhebatkan kajian dalam bidang sains dan teknologi dengan nasihat dan panduan daripada Prof. Atta-ur-Rahman.

"Malah beberapa penuntut dan petugas UiTM juga telah dihantar ke Pakistan untuk tujuan berkongsi kepakaran dalam bidang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Syarahan Perdana oleh Dr. Atta-ur-Rahman di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment