Wednesday, 5 October 2011
TNB menganiaya rakyat dengan bil anggaran
Ini bil elektrik saya bulan ini, ianya bukan bil anggaran tetapi bil bacaan sebenar yang saya terima selang sebulan.
Selama ini saya tidak mengambil endah sangat tentang bil TNB ini sebab kita meanggap bahawa TNB akan membaca meter dengan betul dan tidak mungkin menganiaya kita, walaupun bil dikenakan secara anggaran.
Iye lah selang sbulan bacaan sebanar akan dibuat maka bayaran anggran, jika terkurang atau terlebih sudah tentu akan ditolak dari bacaan sebenar.
Tetapi bulan ini seorang jiran merungut tentang bacaan bil nya yang tinggi, mencecah RM500 kerana pembaca bil tidak datang membuat bacaan sebenar sudah dua bulan, katanya bil biasa hanya seratus lebih...
Jiran ni duduk seorang jadi dia menyewakan bilik dan dalam otak dia, si penyewa lah yang menggunakan letrik dengan banyak, dia pun menunjukkan bil kepada saya.
ternampak ada keanehan, lalu saya pun balik ke rumah untuk melihat bil sendiri.
Jelas menurut bil di atas jumlah penggunaan elektrik selama dua bulan adalah 1,021 unit dan mesin pembaca TNB pun mengeluarkan kiraan menurut kadar penggunaan elektrik TNB, lebih banyak maka kadar yang dikenakan juga meningkat.
Kadar untuk 420 unit pertama ialah 21.8 sen
untuk 210 unit seterusnya 33.4 sen
210 unit seterusnya 40.0 sen
201 unit berikut ialah 40.2 sen
bila dicongak, maka bil saya untuk dua bulan ialah RM318.46, seperti yang tertera di bil
dari jumlah tersebut TNB menolak bayaran anggaran bulan sebelumnya iaitu RM152.37 sen dan bakinya ialah RM166.09 sen
Sekali pandang nampak macam semuanya OK tapi bila dipikir kan betul betul, ada sesuatu yang tak kena.
Seperti yang saya katakan tadi, bacaan untuk tempoh dua bulan menunjukkan saya menggunakan 1,021 unit elektrik, jadi jika dibahagikan kepada dua, sebulan saya menggunakan 510 unit elektrik.
Berdasarkan kadar yang dikenakan TNB, setiap bulan saya hanya perlu membayar dua kadar terendah kerana 420 campur 90 menjadikan 510.
Mengikut kiraan ini bil saya ialah:
420 x 21.8 sen = RM91.56
90 x 33.4 sen = RM30.06
Jumlahnya hanya RM121.62
jika dikalikan dengan dua bulan maka bil saya sepatutnya hanyalah RM243.24, jika ditolah RM152.37 yang sudah dibayar maka baki hanyalah RM90.87 sen dan bukannya RM166.09.
ini bermakna TNB telahmemaksa saya membayar RM76 lebih dari sepatutnya dan oleh kerana bacaan dua bulan saya ialah RM 318 maka ada kemungkina TNB akan menyelaraskan anggaran mereka kepada RM160 sebulan dan terus menerus mengutip RM80 lebih dari sepatutnya setiap dua bulan
Dlaam tempuh satu tahun ini akan menjadi RM480lebihan yang terpaksa saya bayar kepada syarikat elektrik tunggal negara.
Sekiranya ini berlaku kepada 500,000 rumah maka TNB telah menganiaya rakyat Malaysia sebanyak RM240 juta setahun.
Dengan ini saya mahu TNB berhenti dari membuat kiraan anggaran seperti ini, sekiranya mereka tidak datang membaca bil selama dua bulan maka jumlah bacaan perlu dibahagi kepada dua dan dikenakan kadar yang sepautnya sebelum digandakan menjadi penggunaan dua bulan
Sekiranya mereka datang membaca enam bulan sekali, maka kadar bacaan perlulah dibahagi enam dan dicongak kadar bulanan sebelum dikali enam semula.
Saya akan menuntut TNB mengira bil saya semula pada hari Jumaat ini semasa membuat bayara, saya enggan membayar kadar yang tertera kerana ia adalah satu penganiayaan oleh TNB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kejadian yang sama turut saya rasai....complain telah saya kemukakan pada TNB....Tapi lawan macam mana pun dia juga yang nak menang....sakit hati saja kalau pergi....
ReplyDeletekiraan TNB tu betul act, kalau kita nak kira balik untuk satu bulan, unit pertama 420 kena tukar jadi 200. 420 tu untuk 2 bulan. begitu juga unit ke3,4, kena bahagi 2 kalau nak kira satu bulan
ReplyDelete