Thursday 20 October 2011

Malaysia naik 5 kedudukan pada laporan perniagaan

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kedududkan Malaysia meningkat lima anak tangga ke tempat ke-18 di dalam Laporan Melakukan Perniagaan Bank Dunia 2012, di hadapan banyak negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Switzerland.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, laporan itu adalah hasil usaha dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem serahan perkhidmatan awam.

"Kedudukan dunia itu menunjukkan bahawa langkah pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan mulai membuahkan hasil,” katanya. Beliau juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Untuk Memudahkan Perniagaan (Pemudah).

Sejak 24 bulan yang lepas katanya, pelbagai perubahan telah dilaksanakan di dalam agensi-agensi sektor awam bagi memudahkan prosedur dan meningkatkan ketelusan dan keefisienan.

Bagaimana pun katanya, sektor swasta sendiri juga perlu mengambil langkah bagi memudahkan prosedur dan mengurangkan birokrasi yang tidak perlu bagi meningkatkan keefisienan perniagaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment