Friday 18 November 2011

Lembu a Vs Lembu B. Siapa yang Kalah?

Kes Lembu A ialah kes National Feedlot Corporation yang medatangkan cemuh terhadap Barisan Nasional,

Kes Lembu B pulak adalah kes lembu Yaakob Sapari yang mengundang kelak rakyat pada kerajaan PKR di Selangor. Korang boleh baca sendiri tuduhan yang dibuat oleh BN dan Pakatan terhadap lembu masing masing.

Harap pembaca boleh menilai sendiri siap yang kalah sebab penulis rasa letih dah nak komen bab ni....
Untuk membaca laporan penuh dua dua kes, sila klik pada sambungan



LEMBU Shahrizat

SKANDAL NFC:

SOAL PERTANGGUNGJAWABAN DAN AMANAH ADALAH ISU POKOK

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato’ Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC

2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor

3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil

4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)

5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil

6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar

7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta

8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian

9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian

Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:

2008(tahun pertama) 2009
Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk
4,141 ekor
-
Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar
245 ekor
-
Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia
8 ekor
-
Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot
15 ekor
-
Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah
45 ekor
56 ekor
Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor
Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain
11 ekor
3 ekor
Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor
Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor
(nisbah 1:1) 137 ekor
(nisbah 1:11)
Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuri RM542,201 RM613,897

Dalam temuramah dengan Berita Harian pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”. Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;

2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan

3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.

Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI 


18 NOVEMBER 2011





LEMBU Yaakob Sapari

GEMPARRR..!!! SKANDAL LEMBU DI SELANGOR PULAKKK..!!! YAAKOB SAPARI PUNYA KERJA..???!!!


Mengejutkan! Sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor yang digantung operasi (diisytihar Dormant) pada 2009 dan memberhentikan semua pekerjanya boleh meluluskan peruntukan berjuta ringgit bagi projek ternakan lembu tenusu.
Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn Bhd (Sopic) anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah memberi kontrak pembinaan Kandang Lembu Tenusu di Sabak Bernam, Selangor berjumlah RM 1.38 juta kepada LLK Construction Sdn Bhd (384613-K).
Kontrak sebanyak RM 1.38 juta ini hanya untuk membina struktur kandang lembu sahaja tidak membabitkan sebarang pembelian lembu, mahu pun pengurusan lembu. Malahan tiada sebarang perancangan dan sasaran penternakan lembu yang jelas ketika meluluskan pembinaan tersebut.
Menurut minit mesyuarat Lembaga Pengarah SOPIC, yang terdiri daripada dua orang sahaja iaitu Haji Ali Ahmad dan Aqmal Azam Ahmad, LLK Cons dipilih kerana mengemukakan harga terendah. Namun Menurut dokumen yang kami terima tiada sebarang tender atau sebut harga yang dibuka. Kelulusan berdasarkan runding terus antara PKPS dan LLK Cons. Malahan LLK sekurang-kurangnya sekali mengemukakan surat bersetuju menyemak semula sebut harga yang mereka nyatakan sebelumnya.
Persoalannya,
1. Bagaimana sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri yang mempunyai tunai RM 20 juta boleh memberhentikan semua pekerjanya?
2. Mengapa sebuah syarikat yang kononnya diisytihar “dormant” boleh memberi projek dan mengeluarkan wang sesuka hati mereka?
Dulu lembu korban anak syarikat kerajaan negeri “disalahguna oleh Tan Sri Khalid untuk merasuah” penyokong beliau di Parlimen Bandar Tun Razak: Dokumen Lembu Korban Haram : MB Selangor Pembohong. Sekarang syarikat yang dibekukan boleh luluskan wang untuk bina kandang lembu.

No comments:

Post a Comment