Thursday 17 November 2011

Kegagalan Projek Pertanian Di Selangor, Cuba Didiamkan Pakatan


Sumber: Sel.13

PKPS Agro Industries Sdn. Bhd (PAISB) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 12 Oktober 1991 merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan modal berbayar berjumlah RM10.90 juta. Objektif penubuhan PAISB adalah untuk menjayakan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh PKPS dan memasarkan produk pertanian pengusaha tempatan.

Pada 2005, PAISB telah memperolehi pinjaman di bawah Projek Dana Menggalakkan Pertanian Komersial berjumlah RM40.10 juta daripada Kementerian Kewangan. Pada tahun 2006, syarikat subsidiari PAISB iaitu Premium Agro Products Sdn. Bhd (PAPSB) pula telah mendapat pinjaman daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM50.20 juta. Secara ringkasnya, jumlah pinjaman diperolehi PAISB dan syarikat subsidiarinya daripada Kementerian Kewangan adalah berjumlah RM90.30.



Segala-galanya berjalan dengan lancar sehinggalah Pakatan mengambilalih pentadbiran Selangor. Mulai tahun 2009, Lembaga Pengarah PAISB terdiri daripada dua orang sahaja iaitu Pengurus Besar PKPS sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan PKPS sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Pengurusan harian PAISB diketuai oleh Pengurus Besar dengan dibantu oleh seorang Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan 22 orang pegawai bukan eksekutif.

Bagaimanapun, pada awal tahun 2010, Pengurus Besar dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan telah meletak jawatan. Semenjak itu, pengurusan pentadbiran dan operasi Pasar Borong Selangor yang diletakkan di bawah kendalian PAISB sebelum itu, dilaporkan terus kepada Ahli Lembaga Pengarah PAISB iaitu Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan PKPS.

Pengauditan terhadap PAISB telah dijalankan antara bulan Oktober 2010 sehingga Februari mendapati, secara keseluruhannya prestasi kewangan PAISB adalah TIDAK MEMUASKAN.

Pada tahun 2010, PAISB telah mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM0.09 juta kerana kerugian atas penjualan saham syarikat subsidiari Premium Agro Products Sdn. Bhd. dan pelupusan bangunan Pusat Kitar Semula Sisa Kebunu (Baja Kompos) di Kelang berjumlah RM1.10 juta serta kedudukan kewangan masih kurang stabil kerana bergantung kepada pinjaman.

Terdapat dua projek yang dibiayai oleh pinjaman Kementerian Kewangan berjumlah RM40.10 juta gagal mencapai matlamatnya serta satu projek berjumlah RM50.20 juta gagal memulakan pengeluaran dan memasarkan produk dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, pengurusan tadbir urus korporat PAISB tidak memuaskan kerana tidak mematuhi peraturan Kerajaan dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia, seperti perlantikan Lembaga Pengarah dan pemantauan Lembaga Pengarah PAISB kurang berkesan manakala Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan bagi menjaga kepentingan PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor.

Secara keseluruhan, dua projek yang dilaksanakan di bawah Projek Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial telah gagal dan mengalami kerugian yang besar. Projek salad dan jus buah-buahan gagal mencapai matlamat yang ditetapkan kerana harga tawaran syarikat usahasama yang bersetuju membeli produk salad dan jus buah-buahan pada harga US$4 sekilogram tidak dapat menampung kos bekalan buah-buahan, belanja operasi dan kos pengangkutan udara yang tinggi serta PAISB tidak berpengalaman untuk mengendalikan projek komersial berskala besar dan pasaran antarabangsa.

Projek ini dilaksanakan berdasarkan tawaran syarikat usahasama. Oleh itu, kejayaan projek ini bergantung kepada keupayaan dengan rakan kongsi syarikat tersebut. Manakala projek baja organik tidak berjaya adalah disebabkan kegagalan projek salad dan jus buah-buahan seterusnya menyebabkan baja organik tidak dapat dihasilkan dan dipasarkan seperti dirancang. Ini telah mengakibatkan berlaku pembaziran pembelian teknologi dan peralatan yang diimport dari Jerman kerana tidak digunakan secara optima bagi menjana keuntungan dan menerokai pasaran antarabangsa.

Selain itu, kos penyelidikan yang bernilai tinggi gagal dimanfaat untuk meningkatkan sektor pertanian dan memberi keuntungan kepada PAISB dan PKPS.

Justeru tidak menghairankan apabila PKR berusaha bermati-matian agar perkara ini tidak dilihat dan diselidiki dengan menjadikan NFC di Gemas sebagai sasaran mereka, sekalipun pengeluaran daging lembu dari ladang tersebut berjaya dilakukan dan program berkenaan tidak gagal seperti dua projek anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Tidak menghairankan juga mengapa para pemimpin PKR menjadikan isu lembu fidlot sebagai bahan utama kerana mereka terlalu bimbang, salad dan jus buah-buahan serta baja organik yang GAGAL SEPENUHNYA, akan menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang sentiasa bercakap pandai, malu besar.http://sel13.com/archives/800

No comments:

Post a Comment