Tuesday 8 November 2011

Ku Li tuduh Umno tak beri ruang bresuara


Parti tunjang Barisan Nasional, Umno dituduh mengongkong kebebasan bersuara dalam parti oleh Tengku Razaleigh Hamzah, seorang ahli politik senior yang pernah keluar dari Umno dan menubuhkan Semangat 46 setelah kalah jawatan presiden kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suara beliau disambut oleh Datuk Kadir Sheikh Fadzir, bekas Menteri Perlancongan yang dulunya mewakili Kulim- Bandar Bharu di Parlimen sebelum kalah kepada Zulkifli Nordin.


Beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.



Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.

“Masih ada keyakinan (terhadap Umno) tapi saya bersama NGO (badan bukan kerajaan) kerana ada ruang...kalau tiada ruang dalam parti, bagi saya tiada (ruang dalam Umno)...tiada.

“Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan tiada kebebasan tidak seperti dulu,” katanya pada sidang media di sini.

Tambah beliau: “Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa.”

Tengku Razaleigh (gambar) yang mesra dengan panggilan “Ku Li” berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu akan merancangkan program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.


Tuduhan Ku Li ni bukan baru tetapi ianya menandakan bahawa masalah kebebasn idea dan pendapat mungkin masid disengkang dalam parti politik yang paling memerlukannya.

Sebagai tunjang Kerajaan, Umno sepatutnya paling terbuka kepada cadangan, pendapat, bangkangan dan bantahan, terutamany a jika ia dilakukan dalam sistem parti tersebut.

Untuk membaca pendapat beberapa rakan blogger yang Pro Umno dan Pro Pakatan, baca di SINI, SINI dan SINI

Klik untuk laporan Utusan Malaysia. Link ini selalunya aktif hanya beberapa hari setelah tarikh penyiaran

No comments:

Post a Comment