Sunday 15 January 2012

Prof Aziz Bari belasah Nik Aziz dan Hadi Awang

Entah kenapa, mongkin terkena angin sono bolo....yang pastinya Jawa pandai bernama Professor Aziz Bari yang terkenal dengan kritikan lantang terhadap Kerajaan persekutuan dah menerkam batang tengkuk Nik Aziz dan Hadi Awang pulak.

Mungkinkah Aziz Bari sudah berubah hati, seperti Datuk Hassan Ali dan kini berdiam dalam duka seperti bekas timbalan presiden, PAS Nasharudin Mat Isa?

Sila baca wawancara yang diberi oleh Aziz Bari di bawah ini;

Atas pandangan Prof Abdul Aziz itu, maka bukan sahaja Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu letak jawatan kerana gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak, malah termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana, menurut penganalisa politik berbanding Abdul Hadi, Nik Aziz lebih menjejaskan perjuangan partI dan menjatuhkan kredIbiliti parti.

Selain isu penyelewengan ladang rakyat, Nik Aziz juga dilihat gagal menyelesaikan masalah bekalan air untuk rakyat Kelantan biarpun 20 tahun Pas memerintah.

"Lebih memeritkan Pas, sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas dilihat merosot dalam dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan Galas," katanya.

Di Manek Urai Pas menang dengan hanya peroleh 65 undi majoriti sahaja manakala di Galas Barisan Nasional (BN) menang 1,190 undi majoriti.

"Ia satu perkara memalukan untuk Pas Kelantan kerana Nik Aziz adalah Menteri Besarnya tetapi boleh tewas di negeri sendirI dan merosot undian terhadap calon parti yang mentadbir Kelantan," kata penganalisa itu.

Justeru, Nik Aziz juga perlu meletak jawatannya kerana beliau sudah menjadi liabiliti dan gagal melaksanakan tugas penting parti, katanya.

Malahan Prof Abdul Aziz menyifatkan jika pemimpin Pas enggan berbuat demikian maka Pas mengamalkan satu politik yang mundur dan bercanggah dengan perjuangan demokrasi yang dilaungkan parti itu selama ini.

No comments:

Post a Comment