Wednesday, 11 January 2012

Penduduk Hong Kong tiggal dalam sangkar



  • 100,000 dianggarkan tinggal di dalam sangkar 6x2 kaki
  • Sewa sangkar USD200 sebulan
  • Hong Kong mempunyai lebih banyak kedai LV dari Paris



Hong Kong dikatakan antara bandaraya terkaya di dunia dan merupakan pusat kewangan antarabangsa yang pesat membangun.

Kegilaan orang Hong Kong kini ialah mempamirkan patung yang dibuat dari emas padu bernilai dari beratus ribu dolar hingga berjuta, dan banyak kedai yang menjual simbol status terbaru kota ini.

Malangnya Masyarakat yang begitu kaya dan kerajaan yang begitu banyak kutipan cukai tidak mampu menyelesaikan masalah perumahan rakyat termiskin.

Dulu mereka ini semua tinggal di dalam kota tembok di Kowloon yang terkenal sebagai tempat penghasilan barangan murah dengan menggaji mereka yang termiskin pada kadar yang tidak kurang dari penghambaan.

Setelah kota tembok Kowloon dirobohkan di akhir tahun 1990an, kini mereka yang dulunya tinggal di tempat tersebut terpaksa mencari tempat tinggal baru dan ramai yang terpaksa mencari ketenangan dalam sangkar dawai bersaiz 6x2 kaki.

Akhbar tabloid British, The Daily Mail memaparkan kisah penduduk Sangkar Kowloon, sila turuti loncatan untuk membaca cerita yang menyayat hati ini dan melihat lebih banyak gambar gambar yang menyedihkan di SINI

No comments:

Post a Comment