Showing posts with label hassan ali. Show all posts
Showing posts with label hassan ali. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

Ceramah Hassan Ali di Tanjung Karang Hari Khamis ni


Bila jadi macam ni, semua orang susah hati....

PAS yang dulu menjadi harapan kedua umat Melayu kini retak menanti belah.

Siri Ceramah Hassan Ali yang sedang rancak menjelajah negara menjadi kayu pengukur keretakan PAS.

Keputusan PAS untuk tidak menjawab sebarang tuduhan Hassan Ali mungkin akan lebih mengelirukan rakyat, maklumlah Hassan Ali ni bukan terkenal dengan omong kosong, cuma sejak berpisah haluan dengan PAS aje kita dengar dia dipanggil dengan pelbagai jolokan yang kurang enak.

Walau apa pun, jumlah mereka yang datang mendengar ceramah Hassan Ali tetap tinggi kerana ramai yang mahu mendengar cerita dua dua pihak, kalau PAS taknak bercerita maka cerita Hassan Ali lah yang menjadi rujukan utama.

Walau apa pun, PAS wajib mendengar rungutan mengenai kekcohan akidah di Selangor, perkara ini tidak boleh diambil remeh oleh sesiapa yang berjuang atas nama Islam, siasat dan tentukan samada ada kebenaran atau pun tidak. Siasat lah dengan telus agar tiada lagi was was tentang keupayaan PAS mempertahankan ISlam di Malaysia.

Sunday, 12 February 2012

VIDEO: Hassan Ali kata dia jumpa Khir Toyo dengan Restu Hj Hadi

Antara tuduhan yang dilemparkan PAS kepada Hassan Ali ialah dia kecewa kerana tak dapat jadi MB Selangor, sebab itu dia buat perangai sampai menyusahkan parti. dia nak keluar tak boleh sebab perjanjian jatuh talak tiga kalau keluar, tapi kalau kena buang takpe...

Video ini jelas - Hassan Ali kata dia jumpa Khir Toyo dengan restu Hj Hadi... dengar apa Hj Hadi suruh Hassan Ali kata kalau ditanya oleh sesiapa

Saturday, 11 February 2012

Bukti Hassan Ali dah jadi penceramah upahan Umno

Nak Baca cerita selanjutnya bagaimana ini terbongkar dan dimana ia berlaku klik di SINI

Sunday, 15 January 2012

PANASS! Hassan Ali adakan sidang media pagi ini


Mantan pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Datuk Hassan Ali sudahpun memulakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail dan ramai telah menjangka beberapa personaliti penting mungkin akan berada di sisi beliau.

Ikuti perkembangan terkini sidang media tersebut di sini. 

Thursday, 22 December 2011

Percaya pada PAS dulu atau PAS sekarang?

Timbalan Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata mana mana ahli yang tidak lagi percaya kepada perjuangan parti harus meninggalkannya. Ini merupakan satu saranan yang tepat dan mudah difahami, seorang ahli menyertai sebuah organisasi kerana bersetuju dengan hala tuju dan perjuangan kumpulan tersebut, jika kita sudah berubah hati maka eloklah kita meninggalkannya.

Walaubagaimanapun, apakah yang patut dilakukan oleh seorang ahli apabila parti atau organisasi itu yang berubah haluan. Patutkan ahli berusaha mengembalikan parti ke haluan asal ataupun mereka patut meninggalkan parti?

Sekiranya semua ahli diberi peluang mengundi akan hala tuju baru, mungkin mereka yang mengundi menentang hala tuju baru patut meninggalkan parti dan membiarkan mereka yang bersetuju untuk kekal berjuang.