Saturday 10 September 2011

Pilihanraya umum dah nak dekat? Biro Publisiti BN adakan 14 siri Penerangan Perdana



JITRA 10 Sept — Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan sebanyak 14 siri Majlis Penerangan Perdana (MPP) bagi menerangkan isu-isu semasa kepada semua anggota jawatankuasa UMNO bahagian dan cawangan di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Maslan berkata, modul yang sama akan digunakan pada setiap siri di setiap negeri.

Kedah menjadi negeri pertama MPP diadakan yang berlangsung di Dewan Wawasan Jitra hari ini.

"MPP ini adalah sebahagian persediaan BN untuk menyiapkan ahli-ahlinya dengan maklumat terkini menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13),” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup MPP peringkat Kedah oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

MPP peringkat kebangsaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 10 Julai lepas. — Bernama

No comments:

Post a Comment