Saturday 10 September 2011

Gerakan Sanggup Tawar Biasiswa Mat Sabu Belajar Sejarah - Koh Tsu Koon

Bikin pening saja
KUALA LUMPUR, 9 Sept - Parti Gerakan sanggup menawarkan biasiswa kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk mempelajari semula sejarah negara di universiti tempatan kerana beliau dilihat sebagai buta sejarah.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberitahu wartawan pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Gerakan di Menara PGRM, Timbalan Presiden PAS tersebut boleh mempelajari sejarah sebenar negara dari pakar-pakar sejarah seperti Profesor Dr Khoo Khay Kim.

Koh menganggap Mohammad Sabu tidak peka dengan perjalanan sejarah negara dan bertindak semberono melabelkan sesiapa sahaja sebagai pejuang kemerdekaan mengikut pemahaman sendiri.

Dalam nada sinis, Koh berkata jika Timbalan Presiden PAS itu masih gagal memahami sejarah maka beliau boleh menghayatinya dihadapan Tugu Negara.

No comments:

Post a Comment