Wednesday 7 September 2011

Dasar ambil terus amah Indonesia oleh majikan disokong

Op-Ed: Kos mengambil Amah dari Indonesia tersu menerus berada di tahap mengarut, kini seorang majikan perlu membayar RM7,500 untuk mendapatkan Amah....kebanyakan kos ini disebabkan ejen di Indonesia yang mengenakan caj begitu tinggi.

Soalannya: patutkah kita terus menggalakkan rakyat Malaysia mengambil amah asing atau perlukan satu dasar digubal bagi menetapkan gaji minimum amah tempatan, mungkin RM1,200 sebagai permulaan bagi amah yang terlatih dengan diploma atau sijil Sains Rumah Tangga dan Sijil pendidikan awal kanak kanak ataupun sijil psikologi kanak kanak
Amah dari Filipina yang terlatih mengenakan gaji RM1,200 dan berupaya bertindak sebagai pengurus rumah tangga, pengasuh dan juga, dalam kes tertentu, penjaga bagi warga tua ataupun mereka yang megnalami masalah kronik kesihatan

PETALING JAYA 7 Sept – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyokong dasar kerajaan untuk membenarkan majikan Malaysia mengambil secara langsung pembantu rumah Indonesia.

Naib Presiden MTUC, S. Balasubramaniam berkata, kedua-dua majikan Malaysia dan pembantu rumah akan mendapat manfaat dasar berkenaan kerana ia dapat menghapuskan penggunaan orang tengah yang menjadi ejen dan didakwa mengenakan kadar bayaran yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kaunselor Penerangan, Sosial dan Budaya Kedutaan Besar Republik Indonesia, Suryana Sastradiredja bahawa pengambilan secara langsung pembantu rumah republik itu menghina undang-undang Indonesia.

Balasubramaniam memberitahu bahawa Kedutaan Indonesia tidak boleh menyalahkan sepenuhnya kerajaan Malaysia kerana “pihak mereka yang melengah-lengahkan dan belum melaksanakan perjanjian persefahaman yang ditandatangani kedua-dua negara sejak tiga bulan lepas”.

Berikutan keadaan sedemikian, beliau berkata, tindakan kerajaan Malaysia membenarkan pengambilan terus amah Indonesia adalah betul. – Bernama

No comments:

Post a Comment