Saturday 10 September 2011

Bookie Bola Sepak : Pengkhianat Sukan Perlu Dihapuskan

SHABERY: Bookie memalukan negara


KEMAMAN, 10 Ogos 2011 - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertegas dan menghukum sewajarnya 'bookie bola sepak' kerana telah memalukan imej negara.

Beliau turut memberi amaran keras kepada pemain dan jurulatih agar tidak terjerumus dan berkomplot dengan bookie semata-mata kerana imbuhan besar sehingga menghilangkan keyakinan peminat sukan tanah air terhadap sukan tersebut.

Beliau mengulas penahanan seorang lelaki berusia 28 tahun ketika sedang sibuk mengatur pertaruhan perlawanan PIala Malaysia membabitkan pasukan Johor dan Kedah di Stadium Larkin, Johor, Selasa lalu.

Ahmad Shabery gusar sokongan tinggi terhadap sukan bola sepak dan peningkatan bilangan penonton di stadium akan hilang serta-merta jika tiada tindakan tegas diambil dengan segera.

"Di mana-mana sahaja kita lihat anak muda pakai jersi kebangsaan, jadi kita tidak mahu minat dan sokongan ini luntur kembali sama seperti yang pernah berlaku suatu ketika dulu disebabkan masalah bookie ini," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment