Thursday, 22 December 2011

Percaya pada PAS dulu atau PAS sekarang?

Timbalan Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata mana mana ahli yang tidak lagi percaya kepada perjuangan parti harus meninggalkannya. Ini merupakan satu saranan yang tepat dan mudah difahami, seorang ahli menyertai sebuah organisasi kerana bersetuju dengan hala tuju dan perjuangan kumpulan tersebut, jika kita sudah berubah hati maka eloklah kita meninggalkannya.

Walaubagaimanapun, apakah yang patut dilakukan oleh seorang ahli apabila parti atau organisasi itu yang berubah haluan. Patutkan ahli berusaha mengembalikan parti ke haluan asal ataupun mereka patut meninggalkan parti?

Sekiranya semua ahli diberi peluang mengundi akan hala tuju baru, mungkin mereka yang mengundi menentang hala tuju baru patut meninggalkan parti dan membiarkan mereka yang bersetuju untuk kekal berjuang.



Tetapi sekiranya ahli tidak diberi peluang mengundi tentang hala tuju baru maka sudah tentu mereka harus diberi peluang untuk mendapatkan sokongan untuk mengembalikan parti ke hala asal.

Apa yang berlaku dalam PAS di Selangor kini berkisar pada paksi perjuangan parti itu sendiri yang kini agak kurang jelas, malah ada yang berkata PAS sudah berubah haluan dari memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Perubahan satu perkataan dalam arah tanda perjuangan parti tersebut membuatkan ramai ahli gusar dan kurang tenteram kerana mereka takut ianya adalah langkah pertama kegelinciran parti tersebut dari    Islam itu sendiri.

Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Hassan Ali sememangnya terkenal sebagai tokoh intelektual dalam parti tersbut yang telah berjaya menarik hati ribuah ahli baru yang muda dan lebih bertenaga. Ahli ahli baru ini memang dahagakan pimpinan ke arah yang benar tetapi selama ini mereka tidak tertarik kepada tujuan PAS yang tertumpu kepada ibadat di sejadah dan masjid sahaja.

Cara penampilan baru Hassan Ali dan Nasharuddin meyakinkan orang muda bahawa PAS boleh berubah untuk menjadi salah satu lampu penyuluh ke arah kegemilangan Islam dengan memberi perhatian yang sama kepada keperluan kehidupan moden dan kecemerlangan sains, teknologi dan kemasyarakatan.

Namun suara baru pemimpin PAS yang mengatakan Negara Islam tidak dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai konsesi terhadap arah tuju Pakatan Rakyat  membuatkan ramai ahli parti terasa gerun akan masa depan mereka.

Ada antara mereka yang memberikan contoh Rasulullah menolak tawaran menjadi Raja Mekah sekiranya Baginda bersetuju untuk berhenti berdakwah. Setelah Baginda menolak tawaran pertama, pihak Quraisy datang semula dengan satu tawaran baru, Rasulullah ditawarkan menjadi Raja Mekah dan dibenarkan berdakwah tetapi dengan syarat Baginda menyertakan tuhan Quraisy iaitu Lat dan Uzza dalam dakwah Baginda.

Baginda tegas menolak kerana Allah tidak boleh disekutukan.

Jika kita menggunakan logik yang kita perlu memegang tampuk kuasa untuk menegakkan Islam, maka sudah tentu Baginda patut menerima tawaran kedua dan menjadi raja di Mekah agar dapat berdakwah dengan bebas.

Baginda tidak rela menekutukan Kuasa dengan kebesaran Allah dan terus berdakwah di bawah ancaman dari pihak berkuasa Mekah.

Ramai ahli PAS yang lebih selesa sekiranya Parti tersebut mengambil laluan yang tegas dan lurus disisi Islam tanpa mengira keselesaan berpolitik mahupun kelebihan memegang tampuk kuasa.

Dari pandangan saya, Hassan Ali dan Nasharuddin sekadar menyuarakan kegelisahan ahli parti tetapi jelas suara mereka tidak disenangi oleh sebahagian kepimpinan baru mereka seperti Mahfuz Omar dan ketua penerangan, Saari Sungib.

Hakikatnya PAS sudah berubah tetapi ramai ahli yang mahukan ia kembali ke jalan asal.

No comments:

Post a Comment