Saturday, 10 September 2011

Maxis, Celcom, Digi dan Rais cuba sabotaj Datuk Seri Najib

Sumber Duke of Umno
Datuk Rais boleh tolong tahan sikit kot?
Saya terpanggil untuk mengulas mengenai caj perkhidmatan sebanyak 6%, yang bakal dikenakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) di negara ini. Pada saya, tindakan TELCO ini sudah keterlaluan dan cuba mensabotaj imej Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, tindakan TELCO ini jelas menunjukkan mereka TAMAK dan melampau dengan mencekik darah, tanpa timbang rasa dan tiada sekelumit pun kesedaran untuk melakukan tanggungjawab sosial terhadap seluruh rakyat Malaysia yang majoritinya pengguna pelan prabayar atau "prepaid".

Saya faham, sebelum ini TELCO menyerap caj cukai perkhidmatan yang dikenakan Kerajaan terhadap mereka. Terima kasih saya ucapkan kerana sanggup menyerap caj cukai tersebut sebelum ini.

Hasil dari penyerapan itu, mungkin Tuhan telah takdirkan semua TELCO di negara ini mencapai keuntungan yang sangat lumayan. Bukan tahap juta lagi untungnya, malah setiap TELCO di negara ini mencatat keuntungan lebih RM1 billion setahun!

Seperkara lagi, saya meminta Datuk Seri Utama Rais Yatim supaya selesaikan perkara ini segera. Jika tidak, sekiranya PRU13 nanti BN kalah, maka saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan Rais sebagai salah satu faktor utama kekalahan tersebut. Janganlah sebok membodek PM di majlis-majlis saja, jagalah KPI yang diamanahkan tu!

Saya tahu Datuk Seri Rais punya portfolio yang sangat besar dan luas. Dan saya juga tahu bahawa Datuk Seri Rais adalah "otai" atau "orang lama" yang agak "kurang bertenaga" untuk sesuatu yang "advance" seperti Multimedia dan Komunikasi. Namun, jangan jadikan semua itu alasan untuk menyelamatkan diri dari tanggungjawab.

Sekiranya Datuk Seri menggunakan alasan itu juga, saya mohon supaya Datuk Seri meletak jawatan cara baik secepat mungkin kerana secara jelas Datuk Seri kurang berkemampuan untuk bertindak sebagai Menteri KPKK. Jangan marah dan jangan salah anggap terhadap kenyataan saya ini. Saya tidak benci atau anti Datuk Seri seperti "Blogger Elite" pun...

No comments:

Post a Comment