From Ruhanie Ahmad aka Kuda Kepang
Sebagai kesimpulan kepada dua posting saya mengenai topik di atas, adalah ditegaskan di sini bahawa tragedi 911 dan perang teror yang menyusulinya adalah dua faktor yang mengembalikan dasar luar Amerika Syarikat (AS) kepada dasar luar era Perang Dingin, iaitu dasar luar yang dipacu oleh matlamat peperangan.
Bezanya, jika peperangan di era Perang Dingin adalah perang dingin antara blok demokrasi pimpinan AS dengan blok komunis diketuai oleh Soviet Russia, peperangan dalam era pasca-911 adalah peperangan rentas-benua oleh AS untuk menumpaskan musuhnya yang tidak jelas tetapi diberikan label Islam.
Dalam konteks Asia Tenggara dan Asia Timur, perang teror adalah selaras dengan kajian PNAC dan RAND Corporation mengenai kebangkitan China dan mobilisasi semula tentera AS ke Asia Tenggara sebagai strategi memantau China yang kini menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia dan sudah melangkaui AS dalam jumlah penggunaan petroleum yang diimport.
Untuk artikel penuh, Klik di SINI
No comments:
Post a Comment