Wednesday, 7 September 2011

Kerajaan Selangor berhadapan dengan rampasan kuasa?

Menurut sumber dari blog MPP, Kerajaan Selangor yang sudah goyah akibat persaah tidak puas hati di kalangan penjawat awam negeri menjadi lebih meruncing apabila kredibiliti dan populariti mereka menjunam teruk di kalangan orang Melayu dan Umat Islam di negeri tersebut seteah terbongkar kes memurtadkan orang Islam di bulan Ramadhan.

Pendedahan tentang berlakunya majlis berbuka puasa di gereja Metodis Damansara Utama yang disertai 12 orang Islam yang dalam proses dipesongkan akidah telah merobek teruk kredibiliti PAS yang mengaku sebagai pejuang agama Islam di arena politik.



Ekoran kegoyahan ini ada sesetengah pihak yang menuduh ada komplot untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Selangor oleh Perkhidmatan Awam negeri bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga Umno.

Kami tak dapat mengesahkan kebenaran cerita ini tetapi ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sendiri telah membuat pendedahan tentang komplot tersebut.

sila baca sedutan artikel dari MPP ini.


Rampasan kuasa ala-ala Perak 2 in the making..


Gua dah mula terhidu pemberontakan dari "Third Force" dalam pentadbiran negeri Selangor.. Mungkin kalau pilihanraya Umum tak jadi tahun ni.., kita akan saksikan peristiwa ala-ala Perak 2 pulak di negeri tu..

Khalid gagap sudah goyang beb.., Khalid gereja jugak sudah bimbang.. Gua dapat tau, Anwar pun sudah pening macam mana nak cover Selangor..

Duit negeri sudah habis dorang telan.. Nama je negeri berkebajikan tapi kebajikan rakyat Selangor langsung dorang tak peduli..

Majlis Perbandaran kat Selangor semuanya dah nyawa-nyawa ikan.. Duit habis beb.. Mana perginya? Korang tanyalah puak-puak DAP yang control disitu..

Sebab tu lah Khalid gereja sudah kecut.. Kakitangan awam di Selangor sudah mula meroyan pada kerajaan Pakatan.. Tambah-tambah agensi yang membabitkan agama..

Tunggu jelah apa yang bakal jadi.. Cuma lambat dengan cepat je kita akan tengok kerajaan Pakatan Selangor tu tumbang.. 

Lepas tu kita lawan pulak pasal sapa yang bakal naik jadi MB baru... Hahahahahaha....


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

“Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. 

Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta,” kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk “Coret Minggu Pertama Syawal”.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu.

Untuk membaca cerita seterusnya sila klik pautan ini

No comments:

Post a Comment