Thursday, 8 September 2011

Cukai perkhidmatan 6% bakal menhilangkan undi BN

Kenapa kerajaan sekarang tanpa segan silu menunjukkan sekali lagi bahawa ia langsung tidak sensitif dengan keperluan Rakyat biasa?
Cukai perkhidmatan 6% ke atas kad tambahnilai telefon bimbit sememangnya membenankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dan langsung tidak mendatangkan kesan kepada mereka yang mewah. Orang kaya mana pakai pre-paid, kalau ada pun mungkin satu telefon spare.


Rakyat seudah kerap mendengar berita syarikat telekom membuat untung beratus juta malah berbillion ringgit jadi mereka terasa dijadikan mangsa oleh kerajaan dengan dipaksa membayar cukai perkhidmatan.
Utusan Malaysia menyatakan bantahan dari segenap lapisan rakyat, enam peratus dari RM10 hanyalah 60 sen tapi ini satu angka yang agak besar terutamanya kepada si kerani yang memerlukan setiap sen dari tambah nilai yang dibeli.
Kalau Kerajaan paksa syarikat telco untuk memberi 6% lebih banyak masa dan SMS untuk semua kad tambah nilai kan lebih elok.....


Ramai bantah cukai 6 peratus

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.
“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.
“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.
Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.
Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.
“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.
“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.
“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya.
Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.
“Pengguna menggunakan kad prabayar kerana mereka tidak merasa beban berbanding menggunakan talian yang kadang-kala mencecah ratusan ringgit apabila membuat pembayaran.
“Malahan, ada kad prabayaran yang boleh ditambah nilai dengan hanya RM5 tetapi jika mereka kenakan cukai, ia dilihat seperti membuli pengguna dan ia tidak patut berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment