Parti tunjang Barisan Nasional, Umno dituduh mengongkong kebebasan bersuara dalam parti oleh Tengku Razaleigh Hamzah, seorang ahli politik senior yang pernah keluar dari Umno dan menubuhkan Semangat 46 setelah kalah jawatan presiden kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Suara beliau disambut oleh Datuk Kadir Sheikh Fadzir, bekas Menteri Perlancongan yang dulunya mewakili Kulim- Bandar Bharu di Parlimen sebelum kalah kepada Zulkifli Nordin.
Beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.