Kami tak menafikan bahawa Nurul Izzah memang popular di sirkit ceramah Pakatan, ramai yang datang semata mata nak menjamu mata dengan kulit putih mulus puteri Anwar Ibrahim ni.
Tapi selain dari menghentam meja dan menepuk rostrum, pengundi Lembah Pantai tak merasa usaha dan titik peluh ahli Parlimen mereka turun ke padang mengusahakan masalah tempatan hingga selesai.
Ceramah Po litik tu memang perlu, kalau tak macam mana nak cari makan sebagai ahli plitik tapi takkan sampai tak berkhidmat pada pengundi pulak, setakat ambik komplen dn janji nak selesai tak jadi cik.....
baca nukilan blog Berita Lembah Pantai di bawah ni
Nurul Izzah, Anda MP Luar Biasa
Ratu Kapal Selam dan Ratu Putar Alam, Nurul Izzah sekali lagi membuktikan jasa dan pengorbanannya khas untuk penduduk Lembah Pantai. Semalam, BLP telah membongkar bagaimana MP paling glamer ini memperalatkan segelintir penduduk Flat 4 Tingkat demi kepentingan politik jumud beliau.
Gambar: Menunjukkan saiz dan keadaan Flat 4 Tingkat
Hari ini BLP akan menghuraikan lebih mendalam bagaimana kerakusan berpolitik Nurul Izzah telah menyebabkan kerugian yang tidak terhingga buat Penduduk yang termakan umpan racun beliau.
Pertama sekali, mereka telah hidup dalam kedaifan selama dua tahun. Sedangkan rakan-rakan mereka sudah lama berpindah ke rumah-rumah PPR yang jauh lebih selesa berbanding dengan Flat 4 Tingkat, mereka terpaksa hidup dalam keadaan seperti ini:
Gambar: Menunjukkan keadaan di luar Flat 4 Tingkat
Gambar: Menunjukkan keadaan di Flat 4 Tingkat
Sedangkan mereka boleh tinggal di dalam rumah PPR berjiran dengan rakan-rakan dan jiran-jiran mereka seperti ini:
Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa, mana ada MP lain dalam dunia ni yang bila penduduk di kawasan sendiri ditawarkan untuk tinggal rumah 3 bilik berbanding dengan rumah 1 bilik atau TIADA BILIK di Flat 4 Tingkat yang hanya 380 kaki persegi akan mengaburi mata mereka dan menidakkan hak mereka! Gila ke beb?
Kedua, mereka yang telah bersetuju akan mendapat rumah bernilai RM250 ribu dalam pasaran sekarang (mungkin RM400 ribu apabila siap dalam 3 tahun ini anggaran konservatif), atau mendapat pampasan tunai sebanyak RM 143 ribu serta merta beserta dengan beberapa insentif lain termasuk sewa yang dibayar, semua kos pengangkutan ditanggung dan lain-lain.
Oleh kerana Nurul Izzah telah menghasut segelintir mereka untuk membantah pembangunan, dan mengheret mereka ke makhamah, mereka hanya akan mendapat pampasan sebanyak RM 73 ribu sahaja.RUGI RM 327 ribu beb!! Itu kalau harga pasaran 3 tahun lagi RM400 ribu. Kalau pemaju letak harga macam UOA di bangsar South? Hampir RM1 juta untuk kondominium yang sama saiz. Padahal Bangsar South lagi masuk ke dalam! 4 Tingkat yang paling depan. Kalau gunakan itu, setiap penduduk RUGI RM 927 ribu! gila ke beb!
Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa, mana ada MP lain yang bila penduduk ditawarkan potensi nilai sebanyak RM400 ribu atau RM1 juta atau tunai sebanyak RM143 ribu, bantah dan memperjuangkan hanya RM73 ribu! Mana keadilan perjuangan ini? Gila ke beb?
Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa. Setiap kali tiup seruling ajak penyokong jatuh dalam gaung. Patutlah ramai dah sedar dan tinggalkan. Harapan wartawan-wartawan BLP, orang Kelana Jaya juga akan membaca “budi” dan “bakti” yang selalu ditabur oleh MP Luar Biasa ini. Nak lari mana beb?
No comments:
Post a Comment