Nurul Izzah mahu 6 penjelasan Majlis Fatwa
8 Mei 2012
SAYA terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa berikut: "Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik."
Pertama, perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihan raya bebas dan adil tidak haram?
JAWAPAN : MEMANG PADA AWALNYA SEMUA BERJALAN BAIK TETAPI SEMUA DAPAT TENGOK POLIS DIBOOOO DIHINA DIBALING BOTOL SEJAK MALAM SEBELUM BERSIH 3.0 LAGI, BUKTI USAHA MENCETUSKAN HURU-HARA SUDAH DIMULAKAN. ISYARAT TANGAN BAPA BELIAU JUGA BUKTI RUSUHAN DIMULAKAN DENGAN SERANGAN TERHADAP PENGHADANG YANG DIBINA OLEH PIHAK BERKUASA.
Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?
MAHKAMAH BERHAK MEMUTUSKAN KAWASAN YANG DILARANG DIMASUKI DAN MEMPERTIKAIKAN MAHKAMAH ADALAH TINDAKAN BUKAN WARGA MALAYSIA APATAH LAGI AHLI PARLIMEN YANG BERTANGGUNGJAWAB. KERANA MAHKAMAH HANYA MELARANG DATARAN MERDEKA SELEPAS BEBERAPA BUAH STADIUM JUGA DITAWARKAN UNTUK DEMONSTRASI YANG AMAN NAMUN DITOLAK OLEH MEREKA.
Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am - adakah semuanya haram?
TINDAKAN POLIS SELEPAS DISERANG OLEH PERUSUH ADALAH SANGAT WAJAR DEMI MENGEKALKAN KEAMANAN 27 JUTA RAKYAT YANG TIDAK MENYOKONG BERSIH 3.0. ADAKAH 25 RIBU YANG HADIR BUKTI SELURUH RAKYAT MENYOKONG BERSIH 3.0 ??? TENTU JAWAPANNYA ADALAH TIDAK SAMA SEKALI.
Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."
Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?
BUKANKAH MELAWAN PEMERINTAH ADALAH HARAM DI SISI ISLAM DAN ADAKAH NURUL IZZAH MAHU UMAT ISLAM MALAYSIA JUGA MENUMBANGKAN KERAJAAN MELALUI JALANAN ? SAMAKAH TINDAKAN KERAJAAN ARAB TERHADAP RAKYAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA TERHADAP WARGANYA ? KENYATAAN INI SEOLAH-OLAH MENCABAR FATWA RASMI DAN MENGHASUT RAKYAT UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN CARA TIDAK BERMORAL MELALUI PEMBERONTAKAN.
Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihan raya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihan Raya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihan Raya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihan raya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15 peratus setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?
JIKA BENAR TUDUHAN DI ATAS MAKA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT HARI INI JUGA BERKUASA DENGAN CARA YANG HARAM KERANA DIKENDALIKAN MELALUI BADAN SPR YANG DITUDUH TIDAK ADIL DAN BERAT SEBELAH. NAMUN SELEPAS MENANG PAKATAN JUGA TELAH MENGAMBIL ALIH KERAJAAN WALAUPUN SEBELUM ITU MENGANJURKAN DEMO BERSIH ATAS DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN DALAM PILIHANRAYA DAN DAFTAR PEMILIH. LOGIKKAH TINDAKAN MEREKA YANG MENGECAM DAN MENERIMA KUASA SELEPAS MENGECAMNYA ?
Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?
Sebagai makluman, saya telah membuat pertanyaan rasmi di sidang Parlimen yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut pada 22 Mac 2012, iaitu minta Perdana Menteri menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan
Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat.
Jawapab Senator (Mejar Jeneral Bersara), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihan raya. Ini kerana, dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu tidak dibenarkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah mempunyai undang-undang dan peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan pilihan raya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil."
Malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil Perdana Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.
Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera memberikan jawapan kepada kesemua persoalan diatas agar kesucian Islam terpelihara
SEBELUM BERTANYA MAKA LEBIH ELOK JIKA DITANYA BAGAIMANAKAH STATUS KERAJAAN SELANGOR PERAK, PULAU PINANG, KELANTAN DAN KEDAH YANG TENTUNYA DIBENTUK SECARA HARAM KERANA DIKENDALIKAN OLEH SPR YANG DITUDUH MEMIHAK KEPADA KERAJAAN BN. JIKA MEREKA JUJUR SUDAH TENTU TIDAK AKAN MENERIMA KUASA MEMERINTAH KERANA TIDAK PERCAYA KEPADA KEADILAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA SPR...NAMUN KEADAAN SEBALIKNYA BERLAKU. JELAS NURUL IZZAH SUNGGUH BERANI MENCABAR FATWA ULAMA MUFTI MALAYSIA DEMI KEPENTINGAN POLITIK AYAH DAN IBUNYA DEMI UNTUK MENUJU PUTRAJAYA.
* Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR
No comments:
Post a Comment