Blogger pro Nik Aziz/PAS Mohd Sayuti Omar (MSO) yang artikelnya saya letak penuh di sini berkata "Jangan Perangkap Pas Dengan Himpunan Sejuta Umat kerana ianya urusan NGO, tak elok jika parti politik sertai, Pantai Reporter nak bertanya sedikit; Kenapa PAS boleh sertai BErsih 2.0 tapi tak Himpunan Sejuta Umat?
AKHBAR Utusan dalam talian hari ini memakai tajuk berita berbunyi "Himpun diteruskan tanpa Pas". Berita itu mengolah kenyataan dan sikap Pengerusi Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid yang membalas balik kenyataan Pas yang tidak mahu terbabit dengan majlis himpunan sejuta umat itu. Alasan Pas mudah sahaja sebab himpunan itu kerja Nngo maka tidak elok dan tidak kena kalau parti politik mengambil bahagian.
Dalam pada itu Pas tetap menhormati usaha Himpun itu kerana kerja mempertahankan akidah umat Islam adalah tanggungjawab bersama.
