Showing posts with label chegubard. Show all posts
Showing posts with label chegubard. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

Malaysia berhenti ekspot minyak swit ke Iran kerana ikut telunjuk zionis?


Itulah tuduhan pemuda PKR, Chegubard. Dia meletakkan imej di bawah ini sebagai bukti menyokong kenyataan tersebut. Mari kita cuba baca sedutan rencana dari ajensi berita Reuters ini dengan teliti.

Dalam para pertama  lagi sudah dikatakan, kalau boleh saya terjemahkan.

(Reuters) Pengekspot Minyak Kelapa Sawit Malaysia telah menghentikan penghantaran lebih kurang 30,000 tan bahan masakan utama yang dibeli oleh Iran setiap bulan, ini merupakan separuh dari keperluan munyak masak tempatan di negara Timur Tengah ini , kerana sekatan kewangan keatas Iran telah menghalang proses pembayaran bagi transaksi antarabangsa ini.

Jelas dari laporan ini bahawa keputusan untuk berhenti mengekspot komoditi penting negara ini adalah disebabkan masalah pembayaran yang timbul dari sekatan kewangan ke atas Iran.

kalau pembekal tak dibayar, sudah tentu mereka tidak akan menghantar bahan tersebut... bengkrap lah camtu....

Mungkin kita juge perlu mengajar  ekonomi dan asa perakaunan dalam bahasa Inggeris agar anak muda mampu memahami berita ekonomi dunia dan tidak mudah terkeliru.

Wednesday, 25 January 2012

Pesuruhjaya Suhakam kata 'Polis bodoh'

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Muhd Sha'ani Abdullah mengetlaurkan kenyataan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia 'Polis bodoh serta tidak matang dalam menangani kejadian' kekcohan di perhimpunan ABU di Jalan Kebun, Klang hujung minggu lalu.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas menerima laporan dari penganjur perhimpunan iaitu ahli pangkatan pemuda PKR yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard menuduh pihak Polis sengaja lambat tiba di tempat perhimpunan dan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan gengster.

Kenyataan kasar Muhd Shaani dijangka akan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak kerana kini terdapat beberapa versi kejadian tersebut dengan sesetengah pemerhati percaya yang kekecohan itu memang sengaja diprovokasi oleh penganjur bagi mendapat publisiti meluas kerana ianya tidak mendapat sambutan yang cukup besar pada malam tersebut.

sila baca di SINI  dan SINI

Dalam insiden tersebut, dilaporkan seorang pemuda yang berbaju Barisan Nasional telah datang dan memukul seorang pemuda yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Polis Selangor berkata mereka tidak menerima sebarang notis atau permohonan untuk perhimpunan tersebut dan hanya mengetahui tentang perhimpunan dan insiden setelah laporan polis dibuat mengenai kekcohan yang berlaku.