Friday, 18 November 2011

Tak pasti, tapi tetap mahu tuduh

Dibawah adalah laporan mengenai pelancaran buku Veteran PKR Dr Syed Husin Ali.


Syed Husin mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. (Ini dengar cerita orang, kalau lawyer dia kata Hearsay)

Dr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.


NOTA: Ini tulisan seorang veteran dalam parti PKR< yang kononnya pejuang hak asasi manusia, tapi dalam buku dia sendiri Syed Husin mengaku dia bercakap tentang perkara perkara yang dia sendiri tidak pasti dan boleh ada elemen fitnah.


Kenapa sampai tahap macam ni nak memburukkan orang yang meninggalkan parti? Ini akan mengurangkan keyakinan rakyat kepada PKR dan pemimpinnya... 

No comments:

Post a Comment