Thursday, 17 November 2011

Kondo Lembu pelaburan yang baik


Harga hartanah meningkat dan sewa menjana keuntungan 12.9 peratus berbanding pulangan 2.6 peratus jika disimpan di bank

GEMAS: Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), adalah keputusan perniagaan bijak, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.



"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu."

"Masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan."

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini pembangkang mendakwa, syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta. - BH Online 

Persoalannya, mengapa duit bagi banyak sangat sampai berlebih berjuta juta? Kenapa tak salurkan wang kepada syarikat mengikut keperluan? Memandangkan ini wang geran kerajaan bolehkah digunakan untuk selain dari tujuan diluluskan?

No comments:

Post a Comment