Friday 27 April 2012

PKR makin cerah atau pudar dengan kehadira Kadiaq Bowtie?


Dalam pada Kadir Sheikh Fadzir menjadi ‘Most Valuable Person’ di dalam PKR pada ketika ini – rupa-rupanya sudah ada angin-angin cemburu, dendam, kesumat yang ENGGAN menerima Kadir di dalam pelukan PKR. Kita semua ingat, kehadiran Kadir sebagai bekas Menteri, Ketua UMNO Bahagian yang berpengalaman, seorang yang sangat rapat dengan Ku Li, akan menjadikan PKR lebih kuat dan mantap. Rupa-rupanya, ada yang samakan kehadiran Kadir sebagai PEMUSNAH kepada impian PKR untuk mendapat pengaruh yang lebih besar.

Menurut rakan-rakan dalam HQ PKR, ada beberapa individu sudahpun menghantar kononnya GENERAL OBSERVATION mengenai kehadiran Kadir dan kesannya kepada politik PKR. Semua report dan laporan yang dikemukakan kepada Kak Wan dan Anwar; semuanya menjurus kepada satu konklusi – KADIR adalah has been politician, dan tidak mampu mendatangkan manfaat kepada parti. Menurut rakan-rakan juga, kesemua laporan ini sudahpun terlebih dahulu dibaca oleh Azmin Ali (Azmin siap tandatangan sebagai tanda setuju).

Rupa-rupanya kehadiran Kadir menakutkan Azmin. Kekerapan Kadir dipanggil ke Segambut (rumah Anwar) sudah mendatangkan cuak kepada kumpulan tertentu. Antara yang paling risau adalah Azmin Ali, Shamsul Iskandar, Saifuddin Nasution dan beberapa orang anggota pimpinan PKR yang lain.

Mereka gagal memahami strategi Anwar untuk menjadikan Kadir sebagai ‘mentor’ kepada Izzah – dalam berdepan dengan budaya politik wang PKR yang selama ini dipelopori oleh Azmin & Gang. Raja Petra sendiri pernah menulis bagaimana ‘Izzah’ adalah ancaman besar kepada beberapa orang tokoh ‘tepian’ yang ambitious dan bercita-cita tinggi.

Kalangan mereka yang rapat dengan Azmin cukup yakin, Kadir tidak akan hidup lama di dalam PKR. Jika seorang yang kaya seperti Zaid Ibrahim mampu Azmin KAYAPKAN – apatah lagi mamak seorang ini. Pada Azmin, tidak ada tempat untuk makhluk bernama Kadir. Wasted.

Anwar sebenarnya sudah nampak ketidakselesaan Azmin dengan kehadiran Kadir. Azmin tidak tahu permainan Anwar yang lebih tinggi dan matang. Azmin gagal memahami tujuan sebenar Anwar membawa masuk Kadir. Balance of power di kalangan pimpinan PKR mesti diperbetulkan sebelum Azmin jadi besar kepala dan menganggap dia adalah indispensable di dalam PKR.

Sebenarnya, Anwar memerlukan Kadir untuk tujuan yang pelbagai. Undi Melayu di Pulau Pinang, seperti yang dimaklumkan oleh Guan Eng kepada Anwar, berada dalam keadaan yang sangat genting. LGE mencadangkan keperluan PKR bergerak menggunakan ikon mamak, dan seterusnya cuba untuk mengimbangi semula undi Melayu di PP dan Kedah. Kadir dirasakan mampu memainkan peranan ini. Azmin tak pernah ambil tahu isu ini. Pada dia, isu yang lebih besar adalah bila dia akan diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itu lebih utama.

UMNO pula jangan underestimate peranan Kadir dalam PKR. Khabarnya, masih ada kalangan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan AJK Bahagian yang terhutang budi dan tergadai body dengan Kadir. Tak ramai. Tetapi ada. Jentera lama Kadir di Kulim, Baling, Sungai Petani, Jerai, Jerlun masih lagi aktif dan siap memainkan peranan. Kadir ini, kalau diberikan kepercayaan oleh PKR sepenuhnya; boleh mendatangkan masalah kepada beberapa Bahagian di Kedah. Nasib baik Azmin tidak merelakan kehadiran Kadir. Wujudlah sedikit kemungkinan PKR berpecah kerana kehadiran Kadir.

Sumber: Gelagat Anwar

No comments:

Post a Comment