Friday 20 April 2012

Kenapa Nurul Izzah tak mahu bertanding di kubu kuat papa hebat?


Agak aneh bukan? Ye lah, Permatang Pauh tu dikatakan kubu kuat Anwar, tak mungkin digegar oleh Umno, malah masa pilihanraya kecil Permatang Pauh, bilangan penyokong Pakatan begitu ramai dan mereka bertindak begitu agresif hingga peraih undi BN berasa gementar.

Tapi kini Nurul Izzah tak berminat nak bertanding di kerusi selamat ini... tak pernah lagi kita jumpa seorang ahli politik yang tidak mahukan kerusi selamat, ni macam si pelahap menolak nasi briyani bukhara....

MUngkinkah..... Permatang Pauh sudah bukan kerusi selamat untuk Pakatan? Tak mungkin.... penyokong tegar Umno mungkin mahu percayai nya tapi secara logiknya, Permatang Pauh masih kekal kubu Nuar.

Sebenarnya yang lebih aneh ialah macamana persoalan Izzah bertanding di Permatang Pauh itu sendiri boleh timbul?

Adakah Anwar telah membuat keputusan untuk tidak bertanding? Kalau Anwar masih mahu bertanding, takkan dia nak lepaskan kerusi selamat Permatang Pauh? Berani ke dia nak datang ke Pekan untuk bertanding dengan DS Najib Razak?

Kalau dia berani, mesti best punya... giants showdown...

Anyway, kat bawah ni cerita Izzah yang masih mahukan Lembah Pantai walaupun dikatakan sudah kurang selamat untuk beliau





Nurul Izzah takut bertanding di kerusi Permatang Pauh..


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertanding mempertahankan kerusi Lembah Pantai jika diberi peluang oleh partinya, sekali gus menafikan desas-desus mahu beralih ke bahagian Permatang Pauh.

Wakil rakyat penggal pertama ini menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputuan muktamad tentang kerusi yang harus ditandinginya.

Nurul Izzah berkata, beliau bertanding di Lembah Pantai empat tahun lalu atas keputusan parti, dan dengan itu, "akan akur kepada sebarang keputusan parti" kali ini.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana pengundi Lembah Pantai telah memberikannya kepercayaan pada 2008, beliau mahu meneruskan sumbangan kepada Lembah Pantai dan kekal bertanding di bahagian itu, salah satu kerusi dimenangani PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya akan mempertahan kerusi Lembah Pantai, ya, saya sudah membuat persiapan untuk bertanding di Lembah Pantai, tetapi apa pun saya serahkan kepada parti untuk menentukan, Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun begitu... kami semua hanya askar, akan ikut arahan parti," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Nurul Izzah, anak perempuan Anwar, menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, tidak turun gelanggang PRU12 tetapi memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil yang diadakan Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Permatang Pauh yang dikategorikan sebagai antara kerusi yang selamat buat PKR disebut-sebut akan ditandingi oleh Nurul Izzah.

Nurul Izzah berkata, beliau sudah bersedia untuk bertanding di Lembah Pantai, yang dilihat sebagai antara bahagian 'panas' pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan. Salah satu rintangan yang dimaksudkan beliau ialah daftar pemilih yang diragui.

No comments:

Post a Comment