Thursday 19 April 2012

Gempar: Nurul Izzah buat onar dengan SPR

Pemimpin Pakatan suka menuduh Suruhanjaya Pilihanraya sebagai tidak telus dan bertindak tidak adil kepada mereka dan kini ada pihak sudah dapat mengesan taktik baru mereka -  menaikkan perasaan benci rakyat kepada SPR dengan menipu bahawa nama mereka telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

Terpapar di sini ialah gambar surat yang dihantar kepada penduduk Pantai Dalam yang kononnya mengajak mereka berbincang setelah nama mereka didapati telah dipadamkan dari daftar pemilih.

Mungkin Nurul Izzah menganggap penduduk Pantai Dalam kurang cekap untuk memeriksa sendiri daftar pemilih dalam internet tetapi terbukti meleset kerana pemilih ini telah memeriksa sendiri dan mendapati ahali parlimen Lembah Pantai membohong secara terang terang.

Bukti pembohongan ini jelas kerana nama pengundi jelas terpapang di daftar pemilih online SPR.

No comments:

Post a Comment